7 Formula Pengurusan Unggul Bisnes Pendidikan Yang Perlu Anda Fahami

Jika anda merupakan seorang Tutor mahupun Usahawan Pendidikan, 7 Formula Pengurusan Unggul ini dapat membantu anda untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini.

 

  1. Financial

Pengurusan kewangan amat penting walaupun kita bermula seorang. Kita tak perlu mahir dalam bidang perakaunan. Tetapi apa yang lebih penting adalah kita menyimpan setiap rekod pendapatan dan perbelanjaan bisnes.

Kemudian kita juga boleh menguruskan sendiri atau ‘outsource’ pada mereka yang lebih pakar dan berpengalaman.

Duit sendiri dan bisnes perlu diasingkan suapaya bisnes boleh berkembang lebih jauh.

2. Operation

Pengurusan operasi merupakan tugasan ‘core’ harian, mingguan, bulanan serta tahunan dalam bisnes kita.

Ia perlu diuruskan secara profesional dan sistematik melalui SOP & KPI yang ditetapkan bersama dengan pekerja mahupun team kita.

3. Marketing

Pemasaran adalah nadi agar bisnes ada peningkatan. Walau sebagus mana perkhidmatan atau produk kita, tanpa marketing yang berkesan, kita tidak mampu pergi lebih jauh.

Ada formula dan kira-kira yang perlu digunakan supaya kita dapat menilai keberkesanan sesuatu kempen marketing yang kita lakukan agar pelaburan marketing tidak terbazir begitu sahaja.

 

4. Administration

Pengurusan admin dan dokumentasi juga penting supaya segala yang berlaku dalam bisnes kita boleh diuruskan dengan baik dan lancar.

5. Human Resources

Penting untuk kita membawa masuk team ke dalam syarikat kita bagi mengembangkan bisnes kita ke tahap yang lebih baik.

Kaedah pemilihan tutor dan pekerja juga perlu bermula dengan cara yang betul selain menjaga kebajikan mereka supaya mereka dapat membantu kita mengembangkan bisnes dan dalam masa yang sama mereka juga mengalami peningkatan dalam diri dan kerjaya.

6. Research & Development (R&D)

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta mempunyai peningkatan dan inovasi, R&D tidak boleh di abaikan supaya perkhidmatan kita tidak ketinggalam dengan arus terkini.

7. Public Relation (PR)

Networking dan saling bertukar pandangan dan ilmu amat penting supaya bisnes kita boleh berkembang dan mencapai matlamat dengan bantuan orang lain.

Pembelajaran yang berkualiti dan pengurusan sistem yang unggul membolehkan suatu Bisnes Pendidikan itu mampu berkembang dan meninggalkan Legasi suatu masa nanti.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana membina Bisnes Tuisyen yang mempunyai sistem yang unggul boleh klik di sini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here