Ini merupakah salah satu bab yang terpenting dalam kehidupan seorang Tutor. Ini adalah kerana amat penting untuk kita dan pelajar kita berasa seronok dengan sesi pembelajaran kita. Saya selalu mengingatkan diri saya dan tutor-tutor bahawa, perkara yang paling penting dalam sesi pembelajaran adalah:

  1. Approach atau teknik-teknik mengajar dan belajar yang kita gunakan perlu sesuai dengan subjek mereka dan diri pelajar.
  2. Isi kandungan subjek perlu sentiasa update. Ini boleh diperolehi dengan menggunakan buku rujukan yang terbaru di pasaran.
  3. Karakter kita sebagai seorang Tutor yang menyebabkan kita unik berbanding orang lain

Ada dikalangan tutor yang mahir dengan teknik-teknik mengajar dan belajar. Ini membuatkan pelajar suka setiap kali kelas di adakan. Ibu bapa tidak perlu memanggil atau memaksa anak mereka untuk tuisyen lagi. Ini membuatkan tutor ini disukai oleh pelajar dan ibu bapa.

Dalam bengkel kami juga ditekankan untuk gunakan pendekatan yang menarik ini kerana tutor akan dapat menguasai sesi pembelajaran walaupun mereka bukan guru di sekolah.

Di antara Teknik-Teknik Mengajar yang boleh di aplikasikan ialah:

1. Fikir di luar kotak dan gunakan apa yang ada di sekeliling

Jika anda mengajar anak anda dalam topik atau tugasan tertentu, ia akan menjadi terbaik jika anda menggunakan pendekatan yang berbeza supaya pelajar anda tidak akan bosan. Anda boleh hadirkan pembelajaran dengan cara yang berbeza supaya pelajar anda dapat merasai kenikmatannya 🙂  Keluar dari kotak bermakna bahawa anda bersedia untuk keluar dari cara biasa yang digunakan oleh kebanyakan orang di luar sana.

2. Menggunakan Pendekatan Terkini Dalam Pembelajaran

Pelajar amat menikmati aktiviti-aktiviti yang penuh keseronokan dan menarik berkaitan pembelajaran mereka. Jika anda membantu dalam tugasan mereka, pastikan bahawa perhatian anda adalah seratus peratus dengan topik supaya mereka akan memberikan perhatian 100%

Ingat, jika kanak-kanak itu melihat bahawa anda tidak benar-benar ke dalam apa yang anda lakukan, dia juga akan berfikir perkara-perkara lain. Apabila mereka terganggu, ia akan menjadi lebih sukar untuk mereka menyerap sesuatu pembelajaran itu.

Aktiviti Sains: Sistem Pernafasan Guna Peparu Buatan

3. Memupuk kebebasan mereka untuk belajar.

Ramai pelajar didapati mudah tertekan jika sesi tunjuk ajar adalah terlalu ketat atau tegang. Jika anda mengajar dalam masa yang lama, kecenderungan pelajar anda untuk memberikan fokus akan berkurangan. Dengan itu, memberikan mereka rehat seketika atau melakukan ‘brain gym’ akan dapat membantu mereka menyegarkan minda 🙂

4. Sentiasa menjadi kreatif.

Ini boleh ditunjukkan dengan menggunakan prop yang biasanya membantu kanak-kanak yang pelajar visual. Tutor boleh menjadi lebih berkesan adalah pelajar apabila mereka menunjukkan bahan-bahan yang mudah boleh dikaitkan mereka kepada apa yang ia adalah bahawa ini sedang dibincangkan. Ketika mengadakan sesi tunjuk ajar, tutor boleh menggunakan prop seperti mainan dan bahan-bahan bantu mengajar lain yang sesuai dengan topik yang diajar. Ini akan menjadikan mereka lebih mudah faham dan ingat berbanding hafalan semata-mata.

5. Teknik Reward

Sentiasa berikan pujian walaupun perkara tersebut kecil seperti bersedia awal, siap buat kerja yang diberikan, memberikan respon semasa sesi pembelajaran. Kebiasaannya cikgu atau tutor akan marah atau mendenda pelajar jika melakukan kesalahan. Namun, apabila pelajar melakukan kebaikan, tiada sebarang reward yang diberikan. Dengan memberikan pujian atau hadiah akan meningkatkan motivasi mereka untuk meneruskan kebaikan tersebut. Apa yang perlu diingatkan bahawa puji kebaikan mereka dan nyatakan impaknya, bukan memuji orangnya contoh:

“Bagus Ali dapat jawab soalan ini. InsyaAllah kalau keluar soalan ini dalam peperiksaan, Ali pasti dapat skor.”

Dalam sesetengah perkara, kita boleh berikan hadiah berupa gula-gula atau lebih daripada itu apabila mereka dapat menjawab soalan atau kuiz yang diberikan.

Alhamdulillah, apabila saya mengaplikasikan teknik ini dalam mengajar 4 orang adik-beradik kembar suatu masa dahulu, ia memberi impak positif dalam mewujudkan persaingan yang sihat di antara mereka.

Saya akan memberikan gula-gula apabila mereka dapat menjawab ujian yang diberikan dengan sasaran tertentu. Sekali-sekala saya buat kuiz untuk menguji kecekapan mereka. Yang menang akan diberikan hadiah. Mereka sangat seronok sambil belajar dengan impak yang optimum.

Sebagai tutor kita usah merasakan kita dan mereka adalah sama. Contohnya apabila kita merasakan sesuatu topik itu mudah, jangan menganggap bahawa bagi pelajar kita juga mudah.

Kita hendaklah mula mengajar daripada asas untuk membina keyakinan mereka. Apabila mereka dapat menguasai yang asas, barulah kita mengajar tahap yang seterusnya.

Contohnya apabila seorang pelajar tingkatan 3 yang akan mengambil PT3 tidak dapat menguasai topik seperti Algebra dan Persamaan Linear, kemungkinan asas yang dipelajari semasa Tingkatan 1 & 2 tidak dikuasai dengan baik. Jadi perlunya untuk kita memperkukuhkan asas mereka terlebih dahulu.

Jika pelajar tidak faham, jangan berasa marah atau tension. Muhasabah diri kita sebab apa mereka tidak faham. Kemungkinan cara kita tidak sesuai dengan mereka. Jadi kita perlu gunakan cara lain.

Di sini kita akan lebih kreatif untuk mencipta pelbagai teknik belajar untuk mereka. Terdapat pelbagai sumber rujukan di internet dan buku-buku yang menunjukkan pelbagai teknik belajar seperti dalam Pembelajaran Abad Ke-21.

Kita juga perlu faham dahulu dengan apa yang kita ajar sebelum kita mengajarkannya kepada pelajar. Jika tahap pemahaman kita dalam sesuatu topik hanya 70%. Kemungkinan besar tahap pemahaman pelajar kita akan lebih rendah daripada itu.

Selepas kita faham dengan baik, barulah kita fikirkan bagaimana teknik ini memudahkan pelajar kita dapat faham.

Teknik Pujian

Mengikut Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad yang dikaji oleh Tim Psikologi Hadith, Nabi suka memuji para sahabat dan tidak mengeji atau memarahi apabila ada individu yang melakukan kesalahan.

Jadi, tugas kita adalah mendorong pelajar untuk cemerlang. Cari apa yang baik pada diri pelajar itu dan puji pada waktu tersebut. Ini akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus membuat kebaikan.

Berbanding jika kita hanya memarahi atau mengeji mereka apabila mereka melakukan kesalahan, ia akan menjatuhkan semangat dan jati diri mereka untuk lebih cemerlang.

Para pengajar sering terlepas pandang perkara yang penting ini. Mereka sering mencari-cari kesalahan pelajar sehinggakan terlupa untuk memuji mereka di kala mereka membuat perkara yang baik atau menjawab dengan betul.

Jika dikaji bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pendidik hebat yang telah menunjukkan contoh teladan yang baik. Baginda tidak pernah menyatakan kesalahan bagi perkara-perkara tersebut walaupun hakikatnya perkara tersebut merupakan suatu kesalahan.

Baginda telah menunjukkan suatu contoh yang terbaik untuk kita ikuti sebagai pendidik terulung. Manusia dahagakan perhatian terutamanya kanak-kanak dan remaja.

Ada kalanya mereka melakukan kesalahan semata-mata ingin mendapat perhatian dari kawan-kawan, ibu bapa dan  guru-guru walaupun mereka tahu natijah daripada perbuatan mereka itu. Jadi berikan pujian atas kebaikan yang mereka lakukan kerana ia akan lebih mendorong mereka untuk membuat kebaikan lagi pada masa hadapan.

Pujian boleh diberikan dalam sekecil-kecil perkara seperti berani menjawab soalan sehingga sebesar-besar kejayaan seperti mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Jika mereka melakukan kesalahan, tidak perlu nyatakan ‘salah’. Tetapi berilah penerangan atau kaedah jawapan yang betul supaya dapat mendorong mereka untuk tidak putus asa apabila melakukan kesilapan.

Di samping itu, apabila mereka bertanyakan soalan-soalan yang mungkin remeh pada pandangan kita, jangan sesekali marah atau merendah-rendahkan diri mereka kerana dikhuatiri mereka akan menjadi fobia untuk bertanya pada masa akan datang. Bertanya adalah suatu alat untuk mereka mendapat kejayaan.

Orang yang berjaya akan memilih soalan yang betul untuk meningkatkan potensi diri mereka. Jika kita tidak menghargai pertanyaan mereka, mereka akan menjadi seperti kebanyakan pelajar sekarang yang sering malu untuk bertanya walaupun pada perkara yang baik.

Sekali sekala ucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan pelajar atas kerjasama yang diberikan melalui ucapan, whatsapp, emel, kad ucapan dan sebagainya. Mereka pasti akan menghargai anda sebagai pendidik super dalam hati mereka  🙂

6. Gaya Pembelajaran

Setiap manusia adalah unik. Mereka akan mendapat impak yang optimum apabila mereka belajar melalui kaedah yang sesuai dengan mereka. Para pelajar akan lebih seronok dan cepat mahir jika sesuatu pelajaran itu di sertakan dengan menggunakan Teknik VAK. Apakah itu Teknik VAK?

Teknik Visual: Teknik ini memerlukan para pendidik menggunakan benda visual seperti gambarajah, peta minda, graf, infografik, video dan sebarang benda bewarna. Pendidik yang kreatif juga boleh membawa laptop, tablet, ipad dan sebarang gadget yang dapat membantu proses pembelajaran yang menyeronokkan! Namun sebaik-baiknya tutor berbincang dengan ibu bapa jika menggunakan gadget untuk mengelakkan salah faham.
Teknik Auditori: Ada jenis pelajar yang suka mendengar dan cepat menangkap pelajaran dengan mendengar. Mereka boleh ‘tahan lama’ dengan mendengar semata-mata. Teknik yang boleh digunakan untuk pelajar ini adalah dengan menggunakan bunyi dan teknik pengulangan supaya mereka mudah menyerap input yang diberikan.
Teknik Kinestetik: Pelajar jenis kinestetik adalah jenis yang suka melakukan aktiviti. Pelajar jenis ini akan berasa gelisah apabila hanya mendengar atau melihat terlalu lama. Jadi mereka memerlukan aktiviti yang berkaitan dengan subjek yang diajar. Jika tidak, games ataupun senaman ringkas yang dilakukan sekali-sekala amat bermakna buat mereka.

 

Jadi para pendidik harus bijak mengenali pelajar mereka berdasarkan respon yang diberikan ketika sesi belajar. Semakin lama mengajar, insyaallah kemahiran anda akan bertambah baik.

7. Tabiat Pembelajaran Efektif

Tutor boleh menjadi profesion yang memuaskan. Ia adalah satu perasaan yang hebat untuk membantu kanak-kanak meningkatkan akademik dan pada masa yang sama membangunkan hubungan yang baik dengan pelajar. Tetapi tidak semua tutor boleh menjadi seperti itu.

Sesetengah tutor akan mengalami kesukaran semasa mengajar. Bagaimana anda menyelesaikan ini? Membangunkan tabiat sihat yang boleh membuat pengajaran kita menjadi suatu pengalaman yang hebat kepada pelajar kita.

Terdapat tabiat yang berbeza dan amalan yang harus membangunkan untuk memastikan kejayaan. Ramai tutor berkongsi teknik kejayaan mereka, tetapi tidak semua boleh diguna pakai atau akan sesuai dalam semua keadaan.

Walaupun terdapat amalan-amalan tertentu yang terbukti berkesan bukan sahaja untuk tutor tetapi untuk guru-guru juga.

Mewujudkan persekitaran proaktif.

Memulakan hubungan yang baik. Jangan tunggu pelajar atau ibu bapa, untuk menghubungi anda. Jadilah orang pertama untuk menghubungi mereka, pastikan bahawa anda akan mengumpul maklumat yang cukup dari klien bahawa anda memahami  latar belakang mereka seperti baru balik dari oversea, atau mengenalpasti kepelbagaian pelajar. Sebagai contoh, adakah pelajar anda pelajar normal atau pelajar berkeperluan khas dyslexia, slow leaner, hyperactive dan pelbagai lagi.

Layanan yang baik.

Sentiasa pastikan bahawa pelajar akan menerima penilaian yang betul supaya kekuatan dan kelemahan akan dikenal pasti.

Kaedah pengajaran yang berkesan.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh menerangkan konsep dan idea-idea yang lebih baik dan jelas. Ingatlah bahawa dalam sesi tunjuk ajar kita tidak mengulangi atau bersyarah tentang pelajaran yang diajar di dalam kelas biasa kecuali jika pelajar masih kurang faham tentang topik yang diajar. Tutor adalah ‘hero’ yang diperlukan bagi membantu mereka menyelesaikan masalah akademik. Jadi, kita perlu mendapat gambaran awal tentang masalah mereka disamping membantu mereka menyelesaikannya.

Persediaan.

Tutor yang hebat adalah tutor yang membuat persediaan sebelum sesi pengajaran. Walaupun kita boleh dikatakan sebagai ‘pakar’ dalam subjek berkenaan. Namun, jangan sesekali mengabaikan persediaan sebelum mengajar kerana kita akan dianggap tidak profesional dan pakar oleh anak murid kita terutamanya apabila soalan-soalan yang tidak dijangka oleh anak murid kita.

Saya mempunyai pengalaman mengajar tuisyen di mana pelajar-pelajar saya suka bertanya soalan-soalan yang pelik contohnya bagaimana rupa zarah? Betul ke zarah ini wujud? Apabila kita diajukan dengan soalan-soalan sebegini, jangan cepat mengelabah. Tenangkan diri dan cuba jawab setakat mana yang mampu.

Dari segi aspek yang lain, ini menunjukkan pelajar anda genius dan anda perlu lebih bersedia pada masa akan datang. Usah ‘menggoreng’ kalau kita tidak tahu. Hanya beritahu ‘Nanti saya akan periksa semula’. Ia lebih profesional kerana pelajar kita akan tahu juga akhirnya jika kita tidak menjawab dengan betul.

Di samping itu, tutor yang baik juga akan melakukan persediaan yang interaktif seperti membawa alat bantuan mengajar seperti alat permainan, laptop, buku selain akademik dan lain-lain.

Komunikasi terbuka.

Bagi saya, ini adalah sebenarnya kunci yang dapat mengeratkan silaturahim bersama keluarga. Tutor yang berjaya mengekalkan komunikasi yang terbuka dan sihat dengan pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka sebenarnya akan menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin  terjadi pada masa hadapan.

Tutor bukan sahaja membantu pelajar memahami pembelajaran, namun kita bertanggungjawab dalam membantu pelajar memupuk tabiat belajar dan kehidupan yang baik.

Sebagai seseorang tutor yang profesional, kita juga salah seorang pendengar dan kaunselor dalam mendengar masalah-masalah mereka. Namun, kita tidak semestinya menyelesaikan masalah. Jika kita tidak dapat membantu menyelesaikan masalah, cukuplah kita menjadi pendengar yang setia.

 

Membina sikap yang betul

Sebagai tutor, kita akan mendapat manfaat jika anda akan mudah untuk didekati, ramah dan sabar dengan karenah pelajar. Pelajar akan mudah untuk berinteraksi dan memberi respon dalam persekitaran di mana mereka merasakan dihargai, mempunyai perhatian, dan bimbingan.

Cinta kepada kerjaya.

Kerjaya dalam bidang ini merupakan suatu perkara yang perlu dibanggakan walaupun kita bukanlah guru yang terlatih. Namun, kerjaya ini merupakan suatu bidang yang mulia kerana dari seorang guru, cikgu, tutor, pensyarah dan pendidik, seseorang itu akan berjaya mencapai cita-cita mereka.

Ibu bapa saya berkeinginan agar saya menjadi seorang guru sebelum ini selepas saya tidak berminat untuk menyambung pelajaran dalam perubatan. Alhamdulillah, walaupun bukan seorang guru disekolah, namun saya tetap meneruskannya dalam situasi yang berbeza.

Bagaimana Mengekalkan Hubungan Tutor Positif untuk Remaja

Menurut Cathy Roller, terdapat dua prinsip umum tutor berkesan: (1) mewujudkan persekitaran yang hangat, sokongan, dan (2) pembelajaran anak-anak perancah Roller mengesyorkan tutor untuk:

1)   Ketahui kekuatan dan kelemahan pelajar

2) Berikan pujian tertentu kerana ini akan meningkatkan atau keyakinan beliau.

3)  Jangan memberi tumpuan terlalu lama pada satu aktiviti

 

Anda mesti ingat bahawa pelajar anda mempunyai beberapa aktiviti-aktiviti lain yang penting dan komitmen selain belajar.

Anda perlu sedar, dan sensitif kepada aktiviti-aktiviti dan komitmen mereka. Ia adalah sangat penting bahawa apabila anda melakukan perbualan pertama anda untuk pelajar yang anda cuba untuk mengetahui sesuatu tentang hobi pelajar anda, citarasa muzik, persahabatan, sukan, keluarga, buku kegemaran, prestasi sekolah, dan cita-cita mereka.

Dengan cara ini, pelajar anda akan mempercayai anda dengan lebih cepat. Kadang-kadang ia sukar untuk mendapatkan jawapan dari mereka. Namun, anda mesti menggunakan Teknik ‘Build Rapport’ untuk membina kepercayaan dengan pelajar anda.

Dengar dengan teliti apabila pelajar anda menjawab soalan-soalan anda. Jadilah pendengar yang setia terlebih dahulu.

Awalnya bercakap mengenai topik berkaitan belajar dan kemudian apa yang mereka suka. Anda akan mula memahami mereka dari semasa ke semasa. Sesetengah remaja perlu hubungan jangka panjang sebelum mereka bersedia untuk berkongsi lebih banyak.

Mulakan setiap hari sesi dengan bertanya bagaimana keadaan pelajar anda dan apa yang mereka suka? Baru mereka akan lebih mudah mengikuti anda pula selepas itu 🙂

Kesabaran Itu adalah Kunci.

Tutor  yang profesional adalah pendidik yang boleh mengawal dirinya dan mempunyai sifat sabar. Kebanyakan ibu bapa ketika mengajar anak mereka, mereka bersifat garang. Antara respon ibu bapa termasuk pendidik seperti guru dan pensyarah, mereka tidak dapat mengajar anak mereka sendiri disebabkan oleh kekangan masa dan mereka tidak dapat menahan sabar semasa mengajar anak mereka sendiri.

Walaupun ibu bapa mempunyai kerjaya yang hebat dan mempunyai pendidikan yang tinggi, kita perlu ingat bahawa kebolehan anak-anak tidak sama dengan kebolehan ibu bapa. Jadi, mereka perlu mempunyai sifat sabar ketika mendidik anak-anak anda di rumah. Oleh sebab itu, ibu bapa memerlukan bantuan daripada anda.

Oleh itu elakkan sebaik mungkin untuk memarahi pelajar. Cuba cari sebarang kebaikan walaupun kecil pada diri mereka supaya mereka bermotivasi untuk membuat kebaikan.

Menjadi Tutor yang Di sayangi Pelajar

Setiap manusia adalah berbeza, begitu juga dengan para pelajar. Cara mereka mempelajari sesuatu adalah berbeza dari anda dan orang lain.

Ada di kalangan pelajar anda yang memang secara semulajadi memiliki akal yang genius. Mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu pelajaran itu. Ada juga di kalangan pelajar anda yang sangat lambat menerima sesuatu ilmu. Jadi kita perlu pantas dalam menilai kepakaran dan kemahiran yang ada dalam diri anak anda.

Kebiasaanya, tutor yang berpengalaman akan cepat mengenali kategori mereka sewaktu hari pertama mengajar dengan melihat buku, kertas peperiksaan dan bertanya soalan-soalan tertentu.

Anda perlu sesuaikan diri dengan keadaan pelajar anda. Selepas anda faham sepenuhnya pemikiran pemikiran pelajar anda, barulah anda tentukan teknik yang sesuai untuk mendidik mereka 🙂

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here