Best sangat ke jadi HomeTutor ini bang?

Haaaa, percayalah kepada anda yang sedang baca perkongsian saya kali ini. “Best
sangat ke jadi HomeTutor” ini adalah soalan yang paling popular sekali diajukan
kepada mana-mana HomeTutor di luar sana.

Tak percaya? Boleh tanya dengan mana-mana HomeTutor di luar sana? Hehe.
Saya sendiri dah pernah merasainya ditanyakan soalan sebegitu rupa dari orang
yang saya kenali secara langsung sehinggalah dari orang yang saya tak kenal
langsung.

Biasalah tu kan,
Orang nampak hidup kita makin mewah.

Orang nampak kita ini tak kerja ke? Asyik ada je kat rumah? Bila masa pergi kerja? Haaa… Kan kann kannn?

Orang Nampak, kita asyik sibuk memanjang pada waktu malam & hujung
minggu. Sampaikan ada housemate pernah tanya sebegini, “Eh Lan, hang
kerja apa sebenarnya? Masa orang lain kerja hang tak kerja pulak, masa
orang lain cuti, hang sibuk nak kerja sampai lewat malam pulak”. Rasa nak
gelak guling-guling je rasa, bila ada yang kata sebegitu.

Haaa, itulah antara andaian-andaian awalan yang biasanya dilemparkan kepada
seseorang HomeTutor dari mereka yang dari bidang lain. Hehe
Tapi percayalah, apa jua kerja yang kita lakukan dengan passion yang datangnya
dari hati kita sendiri & dengan niat yang betul semestinya kita boleh berikan yang
terbaik pada setiap masa dan duit bukan lagi matlamat utama kita. Setuju tak?

Eh ehh, berbalik semula kepada soalan kita tadi…
Apa yang best sangat jadi Home Tutor ini sebenarnya ? Haaa, mesti ramai yang
tertanya-tanyakan?

Ok mari saya kongsikan apa yang syoknyaaa …
Saya secara peribadi dan saya yakin ramai Home Tutor di luar sana, perkara pertama
yang paling disukai jadi HomeTutor adalah mempunyai masa yang fleksibel.
Mempunyai kebebsan masa, adalah impian setiap orang sebenarnya, bukan
setakat mereka yang jadi HomeTutor sahaja. Setuju kan?

Secara jujurnya kalau diikutkan hati, siapa yang nak kerja dengan orang lain kan,
dengan bebanan kerja yang menimbun berguni dari pagi sampai ke petang malah
kadang-kadang sampai ke lewat malam.
Keadaan bertambah menjadi parah apabila kita dikerah untuk melaksanakan
sesuatu tugas yang diamanahkan kepada orang lain, menjadi kerja kita pula
sekarang ! Freshgraduate akan alami perkara sebegini di awal peringkat mulanya
menjejaki kea lam fasa bekerja.
Tapi itulah hakikat sebenar asam garam apabila kita sudah bekerja dengan orang
lain.

Haaaa, segalanya akan berubah 360 darjah, apabila anda sudah mula menjinakkan
diri dalam bidang Home Tutor ini. Saya tak kata, kita tidak akan penat langsung
apabila mula menggalas tanggungjawab sebagai Home Tutor ini. Jangan pula ada
yang silap faham disini.
Kadang kita akan penat giler-giler, lebih penat berbanding kerja di dalam pejabat
sebenarnya. Tapi kalau dah kita lakukan perkara yang kita minat macam yang saya
sebut tadi, apadehalll kan.

Sebab itu, kita perlu bijak menyusun jadual kelas yang kita akan ajar dan lokasi
yang berhampiran dengan tempat tinggal kita.
Sebagai contoh, saya sendiri tinggal di PJ Selangor. Jadi kebanyakkan anak murid
yang saya ajar adalah, sekitar Bandar Sunway, Kota Damansara, Subang Jaya dan
paling jauh yang saya ambil pun adalah dari Shah Alam. Tak perlulah, saya perlu
pergi sampai ke Gombak sekali.
Bukan tak boleh nak mengajar, tetapi pada masa yang sama kita perlu ambil kira
kos perbelanjaan perjalanan kita seperti duit minyak, tol & makan/minum.
Dari saya sibuk sampai nak ke Gombak, lebih mulia rasanya saya pass job tersebut
kepada mana-mana HomeTutor yang ada disekitar sana. Haaa, kan lagi elok tuu,
berkongsi rezeki juga tu kann.
Jadi disinilah kita sebagai HomeTutor perlu memainkan peranan dalam menyusun
strategi ke lokasi mana yang kita perlu utamakan pada waktu yang kita rasa
sesuai.
Ada pula Home Tutor suka untuk mengajar pada waktu pagi dan malam. Ada pula,
yang ambil cuti pada hari Rabu dengan erti kata lain, tiada kelas langsung untuk
diajar pada hari tersebut. Mungkin ada perancangannya sendiri. Maklumlah tiket
wayang pun murah hari Rabu.
Haaaa, Nampak kan? Segala-galanya, datang dari diri kita sendiri serta bergantung
pada cara kita susun jadual kelas dan perjalanan.

Ok yang seterusnya pula, kita akan jadi orang yang bijak menyelesaikan masalah
dalam apa jua situasi yang kita harungi. Maklumlah kita sebagai seorang
Home Tutor kita akan berdepan dengan macam-macam jenis ragam ibu bapa yang
datang dari kepelbagaian latar belakang yang cukup unik saya rasa.

Macam-macam soalan akan diajukan oleh mereka kepada kita yang menjadi
HomeTutor ini pada waktu sesi permulaan, sebelum kita akan memulakan sesi
pengajaran bersama anak mereka.

Maklumlah kan, setiap ibu bapa mesti ingin HomeTutor yang terbaik bagi anak
mereka seperti anda yang sedang membaca perkongsian saya ini juga. Tak gitu?
Haaa disinilah kita akan mula bertindak secara matang dan rasional. Tidak
mengambil sebarang keputusan secara tergopoh-gopoh. Pada peringkat
permulaan, mungkin kita agak nervous untuk berdepan dengan mereka.
Tetapi lama-kelamaan makin ramai orang yang kita berdepan pada setiap hari,
semuanya kita mampu untuk harungi dengan cukup mudah sekali.
Haaa, tahap keyakinan diri dalam diri kita juga akan makin meningkat.
Bukan setakat itu sahaja, kadang-kala soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar
yang kita ajar juga agak luar biasa. Kadang kita sendiri akan macam ‘out of mind’
dengan soalan yang mereka ajukan kepada kita.
… “Eh betul ke, budak ini tanya soalan ini?”… Haaa sampai macam tuuu sekali,
pertanyaan merka.
Pernah saya sendiri juga terkena beberapa kali, apabila soalan Matematik
Tambahan yang ditanyakan oleh seorang pelajar membuatkan saya terpaksa
menjawab pada keesokan harinya setelah balik dan kaji terlebih dahulu rumus-
rumus yang berkaitan.

Yang penting, kita jangan gelabah depan mereka.

Haaaa… nak kata malu itu tidaklah sama sekali. Cuma ambil sebagai peluang dan
pertingkatkan diri dengan ilmu baru di samping kita juga mampu untuk
menyelesaikan masalah tersebut andai ulang sekali lagi pada masa yang akan
datang.

Haaaa… amacam menarik tak jadi Home Tutor setakat baca sampai ini ? Hiks!

Ok mari saya kongsikan, yang terakhir apa yang syok sangat terlibat dalam bidang
pendidikan Home Tutor ini ?
Sebenarnya, ini yang paling saya suka iaitu kenalan makin bertambah dari hari ke
hari tanpa kita sendiri sedari. Penting ke kenalan?
Korang tahu tak, melibatkan diri dalam bidang HomeTutor ini juga merupakan
salah satu bidang perniagaan secara langsung yang dikategorikan dalam sektor
perkhidmatan.
Perniagaan bukan setakat jual produk sahaja okeyy. Apa yang setiap Home Tutor
lakukan di luar sana juga adalah salah satu perniagaan & mengikut sunnah Nabi
Muhammad S.A.W. Haaa Nampak kann? Kalau tak nampak juga, bacalah sampai
berulang kali sehingga boleh faham. Hehe
Apabila kita melibatkan diri dalam perniagaan, bukankah kenalan ini sangat
penting untuk kita lakukan interaksi dua hala? Kalau dalam konteks perniaagan,
lebih dikenali sebagai Networking. Mesti korang pernah dengar perkataan ini kan?
Kalau tiada kenalan, macam mana kita nak berniaga betul? Makin banyak kenalan
yang kita kenali dan berjumpa dari masa ke semasa barulah senang untuk kita.
Haaaa, saya secara peribadi saya dah jumpa ramai sangat kenalan baru sejak
melibatkan diri dalam bidang Home Tutor ini dan juga kembangkan bakat-bakat lain
yang terpencil dalam diri ini. (Bakat apa tuuu? Tunggu perkongsian saya yang
seterusnya).
Takkan tak best dapat kenalan baru? Silap-silap haribulan boleh bertemu jodoh
sesame Home Tutor bagi mereka yang masih single.

Amacam suka tak, perkongsian saya kali ini, tentang best ke jadi Home Tutor?
Kalau suka, jangan lupa tekan butang share, biar lebih ramai sahabat handai anda
di luar sana tahu, betapa syoknya jadi seorang HomeTutor ini. Ini hanya
perkongsian dari pandangan saya.

Ada banyak lagi manfaat jadi seorang pendidik ini sebenarnya yang akan saya
kongsikan pada masa yang akan datang. Jadi teruskan menyokong kami di
tutorprofesional.com lebih banyak info-info menarik yang akan kami kongsikan
pada masa yang akan datang.

Artikel ini disumbangkan oleh Abul Azlan Abul Barakath. Boleh ikuti beliau di facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here