Apakah perkara yang perlu diketahui untuk membuat pendaftaran Pusat Tuisyen?

Pendaftaran perlu dilakukan melalui Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berhampiran.
Permohonan perlu mendapat kelulusan daripada Unit Swasta, JPN.

Selepas mendapat kelulusan sementara (tempoh 1 tahun) untuk membuka pusat tuisyen, anda perlu dapatkan kelulusan dari 3 agensi lain iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan.
Maklumat lain yang perlu diketahui juga adalah.

Lokasi Pusat Tuisyen:

  • Lokasi Pusat Tuisyen hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran, keselamatan, kesihatan dan lain-lain.
  • Tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah.
  • Tidak berdekatan dengan pusat hiburan, perjudian, rekreasi atau pasar.
  •  Pemindahan lokasi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan yang bertulis daripada Kementerian Pelajaran.

Premis :

  • Premis yang digunakan bagi pusat tuisyen hendaklah sesuai dan selamat serta boleh didaftarkan sebagai sebuah pusat tuisyen.
  • Sebarang penambahan/perpindahan premis/penubuhan cawangan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Pelajaran.
  • Pusat tuisyen mesti beroperasi di bangunan rumah kedai atau bangunan untuk tujuan komersial. Premis yang selain daripada itu tidak dibenarkan, melainkan premis yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Piawaian yang telah ditetapkan bagi premis adalah:
    o Penyenggaraan
    o Pencahayaan,
    o Pengudaraan dan ruang premis
    o Bilik darjah
    o Kemudahan asas premis

 

Pendaftaran Pusat Tuisyen
Setiap permohonan pendaftaran institusi hendaklah dibuat dalam Borang A Jadual Pertama disertai fee yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997 [P.U.(A) 534/97].

Bayaran yang dikenakan:

  • Bayaran permohonan pendaftaran.
  • Bayaran permohonan membaharui Perakuan Pendaftaran.
  • Perakuan Pendaftaran sah untuk tempoh 5 tahun.
  • Perakuan Pendaftaran hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis itu
  • Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindah milik.

 

Nama Institusi:

  • Nama institusi yang dicadangkan sesuai serta mengutamakan Bahasa Melayu, mempunyai unsur-unsur pendidikan dan bercirikan Malaysia.
  • Nama institusi hendaklah dalam bahasa Melayu, bermula dengan Pusat Tuisyen.. dan diikuti dengan nama yang dicadangkan.
  • Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia boleh digunakan dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada warisnya.
  • Lain-lain nama yang tidak boleh digunakan termasuklah yang berikut:
    o nama orang kenamaan yang masih hidup,
    o nama tempat,
    o nama jalan,
    o nama singkatan,
    o nama yang tidak mempunyai makna.
    o nama institusi-institusi pendidikan yang terkenal sama ada di dalam atau luar negeri.
    o nama yang menggunakan yayasan /politeknik.

 

Kurikulum:

  • Kurikulum yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar hendaklah diguna oleh pusat tuisyen seperti yang diluluskan pendaftarannya.
  • Mata pelajaran yang dibenarkan adalah mata pelajaran di bawah KBSR, KBSM, STPM dan mana-mana program peperiksaan yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar.

 

Peruntukan Masa Beroperasi:

  • Setiap pusat tuisyen dibenarkan mengendalikan tiga sesi operasi, iaitu sesi pagi, petang dan malam.
  • Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah tidak melebihi yang berikut:
    o sesi pagi 9.00 pagi – 11.00 pg
    o sesi petang 3.00 ptg – 6.00 ptg,
    o sesi malam 7.00 mlm-10.00mlm

 

Pengurusan:

  • Pusat tuisyen disarankan mempunyai ‘student hand book’.
  • Tiap-tiap institusi hendaklah mempunyai surat cara pengelolaan yang dipersetujui oleh Ketua Pendaftar.
  • Ahli Lembaga Pengelola hendaklah dianggotai olehsekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk pengerusi bagi pengurusan institusi pendidikan sebelum dibenarkan berdaftar dan beroperasi.
  • Setiap pusat tuisyen perlu mempunyai rekod pendaftaran murid.
  • Pusat tuisyen tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti luar bilik darjah.
  • Setiap pusat tuisyen mesti mengutamakan keselamatan,kesihatan dan kebersihan murid.
  • Setiap pusat tuisyen hendaklah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh 3 agensi:
    o Pihak BerkuasaTempatan
    o Bomba dan Penyelamat
    o Pejabat Kesihatan

 

Yuran:

  • Jenis dan kadar yuran hendaklah berpatutan dan diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
  • Sebarang kenaikan yuran perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

 

Lan-lain:

  • Warganegara asing tidak dibenarkan bagi mengusahakan pusat tuisyen.
  • Sebarang pindaan struktur ekuiti/perubahan pemegang saham/ pindah hak milik mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar.
  • Aktiviti-aktiviti syarikat berkaitan pendidikan mesti jelas dinyatakan di dalam Memorandum and Articles (M&A). Bagi persatuan / pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti pendidikan, maka perlembagaan persatuan / pertubuhan berkenaan hendaklah menyatakannya dengan jelas seperti yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

 

Ingin memulakan bisnes serta membuka Pusat Tuisyen?

Baca lebih lanjut tentang ’10 Strategi Pusat Tuisyen Berjaya’ DI SINI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here