Tutor & Tuisyen Ini Masih Relevankah Di Malaysia?

Persoalan yang selalu ditanya kepada saya. Tuisyen ini masih relevankah dengan kurangnya peperiksaan dan fokus pada KBAT? Setelah membuat kajian dengan tutor-tutor guru-guru sekolah, saya menyimpulkan bahawa:

  • Secara dasarnya, polisi itu bagus kerana penekanan bukan terhadap keputusan akademik semata-mata tetapi penilaian dibuat merangkumi pelbagai aspek.
  • Bebanan tugas guru-guru sekolah bertambah (selain dari tugas pengkeranian dan lain-lain) kerana mereka perlu memastikan setiap anak murid mereka diuji dengan tahap atau topik tertentu.
  • Ibu bapa perlu sentiasa mengambil tahu dan mengawasi perkembangan akademik anak mereka kerana sistem peperiksaan secara nasional akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Ibu bapa harus tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk membantu anak mereka berjaya.
  • Walaupun polisi kerap berubah dan mungkin akan berubah lagi, tidak dapat dinafikan bahawa ada di kalangan pelajar yang lemah terhadap matapelajaran tertentu dan perlu dibantu secara personal.

Kesimpulannya, tuisyen tetap relevan jika ibu bapa menginginkan anak mereka cemerlang dan tidak ketinggalan dalam akademik.

 

Pelaburan Akhirat Yang Infiniti

Walaupun anda bukan seorang guru, pensyarah atau pendidik tetapi anda pasti mampu menjadi seorang Cikgu Tuisyen yang berjaya dengan teknik yang betul serta menjana pelaburan pahala yang infiniti berdasarkan hadis ini. Teruskan pembacaan anda untuk mengorek rahsia tersebut.

Rasulullah bersabda“Apabila mati anak Adam itu, terputus segala amalan kecuali tiga perkara; doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat”

Jadi, bayangkan jika anda menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, setiap kali mereka mengamalkan dan menyampaikan ilmu tersebut, pahala anda pasti akan berterusan!

Tahukah anda bahawa anda mempunyai kemahiran menakjubkan yang berharga yang amat diperlukan oleh ramai orang di luar sana?

Manusia telah dikurniakan bakat untuk mengajar sejak kecik lagi. Kita cenderung untuk mengajar rakan kita walaupun kita sendiri bukanlah pakar atau berkemahiran dalam bidang tersebut.

Begitu juga ada sesetengah orang boleh mengajar rakan, adik, saudara dan jiran. Jadi, mengajar orang lain juga bukan merupakan suatu isu. Dengan peningkatan bilangan sekolah, kebanyakan guru mempunyai tanggungjawab tambahan. Apabila bilangan pelajar melangkaui 30 hingga 40 orang dalam sebuah kelas pada satu-satu masa, sukar bagi guru untuk memberi fokus dan tumpuan kepada setiap pelajarnya.

Industri tuisyen ini bukanlah pengganti kepada sekolah tetapi merupakan pelengkap kepada apa yang dipelajari di sekolah. Tugas guru juga akan menjadi lebih mudah dengan adanya perkhidmatan tuisyen ini. Ini diakui sendiri oleh guru-guru sekolah.

 

Oleh sebab itu, sesetengah pelajar akan mudah ketinggalan dalam pelajarannya. Disebabkan oleh bilangan ujian dan peperiksaan yang banyak untuk pelajar di sekolah, guru perlu menghabiskan banyak masa mengadakan persediaan seperti merangka, menyediakan, memeriksa dan menganalisis keputusan pelajar.

Adakah ia merupakan kesalahan guru?

Semestinya tidak. Ini disebabkan oleh guru masa kini mempunyai pelbagai cabaran dalam pekerjaannya. Guru-guru mempunyai pelbagai tanggungjawab selain daripada mengajar seperti menjadi AJK program, penasihat persatuan, menjaga disiplin, memberi nasihat dan sebagainya.

Manakala di pihak ibu bapa pula, mereka mengimpikan anak-anak mereka cemerlang dalam bidang akademik. Cemerlang dalam pelajaran, dan memulakan kerjaya yang berjaya. Tetapi apabila mereka ketinggalan atau inginkan kejayaan yang cemerlang, ibu bapa akan mencari alternatif untuk membantu anak mereka dan salah satunya adalah dengan menghantar anak mereka menghadiri kelas tuisyen.

Dalam keadaan masyarakat hari ini, ramai pelajar mempunyai  ibu bapa yang bekerja, yang mana adakalanya ibu bapa ini tidak sempat untuk membantu anak-anak mereka dalam pelajaran walaupun di hati  mereka, terbit keinginan untuk membantu.

Ada di kalangan klien kami merupakan guru sekolah dan pensyarah universiti. Oleh kerana kekangan masa, maka tugas tersebut diserahkan kepada kami.

Ada juga di kalangan ibu bapa yang tidak mahir dalam sesuatu subjek tersebut. Namun begitu, ibu bapa tetap menyedari bahawa anak-anak mereka perlu diberi lebih perhatian. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka akan menghantar anak-anak ke sekolah swasta yang terbaik. Yuran sekolah swasta lebih mahal berbanding dengan sekolah kerajaan.

Namun, ia sesuai dengan kualitinya. Sebagai alternatif, ada di antara mereka yang memilih untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen atau mengupah tutor untuk mengajar di rumah.

Adakah kedua-dua perkara ini berbeza?

Ya! Perbezaan antara kedua-duanya adalah di pusat tuisyen, pelajarnya lebih ramai; manakala belajar di rumah, pelajar hanya seorang atau dalam kumpulan kecil, jadi tutor akan lebih fokus kepada pelajarnya.

Berani Berubah Untuk Bergelar Tutor Tuisyen!

Ramai yang bertanya, saya bukan guru dan tidak pernah mengajar. Bolehkah saya menjadi tutor tuisyen?

Jika dilihat di sekolah rendah dan menengah di Malaysia, ada juga di kalangan guru yang bukan mempunyai latar belakang pendidikan.

bukan guru sekolah mengajar disekolah guru gstt

Sumber: JPN Kedah http://www.moe.gov.my/jpnkedah/index.php/statistik/bil-pelajar/31-maklumat-jabatan/statistik-sekolah-guru-murid-staf

Ini menujukkan bahawa guru yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan juga diiktiraf. Walaupun tidak mempunyai pengalaman mengajar, namun ia tidak harus menjadi penghalang kepada anda untuk menjadi tutor.

Apa yang perlu adalah anda mengajar subjek yang paling anda minati dan mempunyai keyakinan untuk memahami dan mengajar orang lain. Kebiasaannya apabila kita sudah memasuki kolej atau universiti, pengalaman pengajaran dan pembelajaran kita semakin matang.

Jadi, tidak seharusnya menjadi masalah untuk kita mengajar matapelajaran sekolah rendah atau sekolah menengah.

‘Mind-setting’ sebagai Tutor Berjaya Dunia & Akhirat

Penepatan minda atau niat ini adalah perkara yang mula-mula sekali dalam menjadi Tutor A+. Penetapan niat yang betul dan mempunyai matlamat yang jelas akan membantu kerjaya sebagai tutor menjadi lebih efektif.

Penting untuk menetapkan niat terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini, dengan menjawab secara ikhlas soalan-soalan di bawah:

  • Apakah niat anda sebagai tutor?
  • Apakah matlamat anda sebagai tutor?
  • Apakah target anda sebagai tutor?

Selain itu, yakin dengan apa yang anda lakukan dan sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan. Umpama tunjang kepada banyak perkara dalam kehidupan, sikap adalah kunci untuk mencapai kejayaan. Dalam usaha untuk menjadi tutor yang berjaya, adalah perlu untuk mempunyai sikap yang positif. Ibu bapa, guru dan pelajar anda akan tertarik kepada tenaga positif anda dan terus memperkenalkan anda kepada rakan-rakan mereka atas sikap anda yang menarik itu. Inilah yang dikatakan sebagai silaturrahim.

Antara sikap positif yang boleh diamalkan adalah sentiasa berfikiran positif bahawa pelajar anda boleh berjaya walaupun mereka pernah menghadapi banyak kegagalan. Jika dirujuk kepada kisah-kisah orang yang telah berjaya, mereka pernah gagal dalam hidup mereka.

Namun, kegagalan itu tidak mematahkan semangat mereka dan tidak menyebabkan mereka sekali-kali tunduk dan jatuh. Bahkan bagi mereka, ialah satu tiket atau pelaburan yang perlu dibayar untuk berjaya.

Bagi diri sendiri pula, anda perlu mempunyai keyakinan bahawa anda berkemampuan untuk mengajar walaupun anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan. Menurut pengalaman kami, ramai tutor yang pada mulanya berasa tidak yakin untuk mengajar disebabkan tiada pengalaman mengajar sebelum ini.

Namun, disebabkan oleh minat yang tinggi dan tunjuk ajar yang diberikan, mereka mampu menjadi tutor yang berjaya dan dapat menjana pendapatan melalui kemahiran yang terpendam dalam diri mereka selama ini.

Mengikut pengalaman kami sendiri, kebanyakan orang mampu menjadi tutor yang baik apabila mereka membulatkan niat untuk membantu pelajar dan ibu bapa kerana Allah.

Minat dan keghairahan untuk memberi dan membantu orang lain akan memberikan kita suatu kuasa yang luar biasa kepada seseorang manusia dalam melakukan tindakan.

Sikap positif ini juga boleh diamalkan oleh anda sendiri untuk menjadi seorang tutor yang berjaya, walaupun anda tidak mengambil jurusan pendidikan atau tiada pengalaman mengajar. Anda mampu berjaya dalam bidang ini dengan syarat anda mempunyai:

  1. Semangat yang kuat untuk membantu orang lain.
  2. Berminat untuk mendidik dan mengajar pelajar tanpa mengira latar belakang mereka
  3. Keghairahan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.

 

Kenapa bidang ini sangat menarik?

Semakin ramai ibu bapa percaya bahawa tuisyen adalah satu medium berkesan untuk membantu anak-anak mereka cemerlang dalam bidang akademik. Tuisyen telah menjadi suatu keperluan yang penting bagi para pelajar untuk lebih maju dalam bidang akademik.

Ini tidak bermaksud pelajaran di sekolah tidak cukup sempurna, tetapi seperti seorang ahli sukan juga, lebih kerap mereka berlatih dan diberi tunjuk ajar, lebih mudah untuk mereka mengecapi kejayaan.

Sehubungan dengan itu, peningkatan dalam permintaan tutor tuisyen sebenarnya adalah seiring dengan peningkatan pelajar di sekolah dan hal ini sebenarnya memberi peluang kepada lebih ramai lagi tutor-tutor di luar untuk menceburi bidang yang mempunyai potensi besar ini.

Selain itu, terlalu ramai pelajar dalam sesebuah kelas menyebabkan agak sukar bagi guru-guru memberi tumpuan yang spesifik bagi setiap pelajarnya. Kemungkinan juga guru ingin memberikan tumpuan kepada semua pelajarnya, namun disebabkan oleh kekangan masa dan komitmen tugasan lain menyebabkan sesetengah pelajar agak ketinggalan berbanding rakan-rakannya yang lain.

Disebabkan faktor-faktor ini, ibu bapa menyedari tentang kepentingan masa tambahan untuk anak-anak mereka selepas waktu sekolah. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka boleh membantu anak-anak mereka dalam bidang akademik, tetapi kebanyakan ibu bapa mempunyai pelbagai urusan dan jadual kerja yang menyebabkan mereka sukar untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Di sini lahirlah apa yang dinamakan sebagai tuisyen

Syarat kemasukan dan pemilihan kursus berkualiti yang ketat di universiti terkemuka serta institusi pengajian tinggi menyebabkan sebahagian besar ibu bapa dan pelajar mencari alternatif yang dapat membantu mereka bagi mencapai cita-cita yang diinginkan.

Terdapat banyak pusat tuisyen, individu, dan kumpulan yang menawarkan perkhidmatan tuisyen; berdasarkan permintaan yang semakin meningkat dan kesedaran bahawa keputusan peperiksaan yang cemerlang dapat membantu anak-anak mereka memilih kursus yang diminati selaras dengan cita-cita mereka.

Diantara sebab inilah memulakan perniagaan atau profesion dalam bidang ini mempunyai masa depan yang cerah. Perkhidmatan ‘home tuition’ mempunyai banyak aspek dan terbuka kepada pelbagai bidang.

Anda boleh memberi tumpuan dalam tunjuk ajar akademik dan juga melayan bidang lain seperti mengaji, muzik, seni, dan sukan. Namun, terdapat cara-cara yang akan memastikan bahawa anda akan memulakan kerjaya dalam bidang ini dengan betul disamping meminimakan risiko.

Walaupun hari ini, terdapat pelbagai kemudahan yang selesa dari segi bilik darjah, guru-guru lebih mahir, dan juga alat seperti bahan bercetak, hakikatnya bahawa terdapat lebih banyak tekanan ke atas bahu para pelajar. Inilah sebabnya ibu bapa memerlukan khidmat tutor untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada anak mereka.

 

TAWARAN ISTIMEWA!

Untuk menjadi Tutor Profesional ‘Exclusive Members.’

Buat semua tutor yang ingin ‘Upgrade’ ilmu, kemahiran dan diri dalam bidang tutoring di Malaysia, Tutor Profesional menyediakan platform terkini yang mana tutor boleh meningkatkan kualiti dan kerjaya sebagai Tutor Profesional dalam bidang tuisyen di Malaysia.

Home Tuition tutor profesional malaysia private tutor pusat tuisyen

Apa manfaat yang tutor dapat di dalam closed group ini?

  • SOP Tutor Profesional Malaysia bernilai Rm50
  • Video training tutor percuma setiap bulan secara live
  • Info info terkini dunia pendidikan
  • Promosi istimewa untuk produk dan servis untuk tutor dalam group

Promosi pendaftaran untuk sekarang ini sahaja kita berikan RM50.

Untuk info lanjut boleh Whatsapp ‘Exclusive Members’ ke 013-2230180

Yakin Sebelum Berjaya

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here