Aku berumur 24 tahun. Seorang perempuan. Aku merupakan seorang guru tuisyen subjek Matematik dan Sains bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

Senang cerita semua level aku mengajar. aku mempunyai degree dalam bidang Sains Kimia dari universiti terkemuka di Malaysia. Walaupun aku belajar Sains tapi aku lebih suka mengajar Matematik. Sebabnya senang aku nak tanda kertas berbanding Sains yang jawab panjang berjela.

Mesti orang akan persoal kenapa kerja ni? kenapa tak kerja lab and so on. Walaupun kerja aku sangat tak glamour dan akan dikecam oleh sesetengah pihak termasuk lah parents sendiri kerana anggapan kerja sebagai guru tuisyen ni tiada masa depan dan gaji kecil tak seperti orang kerja kerajaan. tapi ‘you all’ silap. Luahan ini untuk menyuntik semangat sesiapa yang sedang menganggur.

Aku main ‘gamble’ sahaja untuk ceburi bidang tuisyen ni tapi aku memang minat mengajar. Ramai yang tak sedar kerja sebagai guru tuisyen ni sangat lumayan gajinya. Ya memang gaji aku tak ada epf socso etc. Tapi at least korang semua tak perlu bayar cukai tah pape. So itu boleh jadi saving korang dan aku mampu saving almost 2k setiap bulan selepas tolak perbelanjaan harian, barang makeup apa semua, bagi duit kat mak ayah dan adik yang belajar, bayar kereta (aku pakai kereta axia sebab itu paling mampu), minyak rm300 sebulan (kerja aku memang travel sana sini sebab aku kerja bukan satu pusat tuisyen je tapi 5 pusat tuisyen anggaran jarak 30km). Aku hidup jauh dari family dan 100% tanggungan hidup aku dibiayai oleh aku sendiri.

Kalau korang nak tahu gaji mengajar di pusat tuisyen dibayar mengikut jam. Sejam RM25-35. Korang boleh nilai sendiri mahal ke tak gaji tu. Pusat tuisyen tidak menawarkan jawatan tetap kerana korang hanya di bayar mengikut jam. Kalau kerja dapat duit kalau tak kerja tak dapat duit. Adil kan? Apa lagi penting duit tu sangat lah berkat.

Selain dari kelas kat pusat tuisyen aku jugak buat home tuition. Home tuition ni pun aku dapat mungkin sebab rezeki selepas aku berkenalan dengan guru sekolah dekat tempat aku menetap sekarang. Banyak hometuition miliknya diserahkan kepada aku kerana dia dah terlalu penat mengajar hampir 20 tahun.

Bayaran untuk hometuition sangat lah berbaloi iaitu rm50/jam. Sekali aku pergi mengajar sekurang-kurangnya 2 jam. jadi dapat la dalam rm100 untuk dua jam pagi pada hari tersebut belum kira kelas aku yang akan menyusul 5-7 petang dan 8-10 malam pada hari yang sama.

Aku kerja 7 hari seminggu tanpa cuti. Isnin hingga Khamis memang penuh. Tapi aku kerja bukan lama pun sehari maximum 6 jam je tu pun ‘gap’ punya jauh. Macam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad aku hanya mengajar 2 jam sahaja sehari. Sekurang-kurangnya dapatlah duit kan. Lepas kerja aku memang akan terus balik rumah tanpa singgah mana-mana walaupun kelas aku dekat area KL. Jumlah ‘working hour’ aku seminggu adalah 30jam.

Satu lagi aku share adalah masa aku. Walaupun nampak aku sibuk sana sini. Tapi masa yang aku ada sangat berkualiti sebabnya waktu kerja aku yang fleksible. Aku hanya bekerja waktu kelas. Even gap 2 jam ke itu adalah masa aku. Aku boleh keluar sesuka hati tanpa memikirkan boss macam orang kerja office. Tengah hari aku boleh balik masak untuk lunch sekali dinner. Sangat jimat jika boleh masak sendiri. Dari makan kat luar sekali makan belum tentu RM5 tu cukup kan? Makan minum aku sebulan tak sampai rm250 pon sebabnya sehari aku beli barang basah untuk makan lunch dan dinner maximum RM6 untuk aku sorang sudah memadai. Setiap hari aku akan masak sebab nak jimat dan apa paling penting aku ada dekat rumah waktu tengahari untuk masak. Aku jimatkan makan sebab nak banyakan saving. Kelas seterusnya pada jam 5 petang. Pukul 1-4petang aku akan siapkan nota mengajar dan sudah tentu aku akan tidur dulu rehat-rehat sebelum kelas bermula. Oh lupa setiap pagi aku bangun buat breakfast tanpa rushing sambil tengok orang pergi kerja. Lepas tu basuh baju sambil nyanyi-nyanyi lagi. Hidup aku sangat santai. Itulah kualiti masa yang aku cakapkan tadi.

Point aku kat sini bukan nak tunjuk apa aku buat. Cuma aku nak ajak graduan-graduan yang sedang sedang mencari pekerjaan boleh cuba untuk ceburi bidang mengajar tuisyen ni. Cuma hati kena kental dan berani travel sana sini siang dan malam. Tak rugi pun cuba. Dulu aku sangat malu nak mengaku kerja apa. Tapi sekarang aku dah tak kisah sebab aku mampu dapat lebih dari orang yang mengata aku. Mula-mula kerja mungkin akan sakit sikit sebab kelas tak banyak lagi. Aku pernah lalui benda yang sama . Masa tu doa adalah peneman. Jangan pernah merungut dengan rezeki. Insyallah Allah tak bagi rezeki tu harini. Allah mungkin akan bagi esok.

 

Sumber artikel ini dari IIUMC. Boleh ikuti di sini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here