Dalam satu survey yang dijalankan oleh pihak Astro Awani, kenapa ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti tuisyen, majoriti (63%) mengatakan bahawa mereka ingin memastikan anak mereka memahami matapelajaran.

Ini adalah salah satu perkara yang menjadi kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak yang masih belajar di sekolah.

menghantar anak ke tuisyen tuition
Dengan keadaan yang ramai dalam kelas di sekolah menyebabkan tidak semua pelajar dapat mengikuti kelas dengan baik.

Justeru itu, mereka memerlukan pendidikan tambahan untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam trek pembelajaran dan tidak ketinggalan.

Fokus pembelajaran sangat dititikberatkan dalam home tuition. Para pelajar akan mendapat lebih perhatian dan bimbingan yang padu daripada seorang tutor.

Ini akan memberikan impak yang besar kepada pelajar. Secara tidak langsung tutor akan dapat mengesan kelemahan pelajar dalam subjek yang diajarkannya kepada pelajar.

Oleh itu, usaha yang jitu akan diberikan oleh tutor dalam membantu pelajar memperbaiki kelemahan sekaligus memperoleh kejayaan.

Selain itu, tutor juga bertindak sebagai pembimbing dan pemberi inspirasi kepada pelajarnya dalam apa jua situasi yang melanda dalam pelajaran mahupun kehidupan.

‘We Are The Best Tutor’
Teknik & Strategi Berkesan Jadi Tutor Tuisyen Profesional dan Berjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here