Bengkel Beyond Expectation Tutor #BET2019

Bengkel Membina Kerjaya Sebagai Tutor Profesional & Berjaya Bakal Didedahkan Oleh Speaker-Speaker Berpengalaman Dalam Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' #BET2019!

Adakah anda seorang Tutor tuisyen & al-Quran atau seorang usahawan dalam bidang pendidikan?

Mahukah kami tunjukkan teknik dan strategi yang telah terbukti
berkesan bagaimana menjadi tutor yang berjaya?

Adakah anda mahu memberikan pembelajaran serta perkhidmatan yang terbaik & profesional kepada pelajar dan klien anda?

Tutor Profesional

Apakah keistimewaan menjadi Tutor dan Usahawan Pendidikan??

  • Dari sehari ke sehari bidang ini ini semakin membesar dan menerima permintaan yang ‘mencurah-curah’ daripada ibu bapa dan pelajar
  • Anda dapat membantu pelajar mengalami peningkatan yang ‘ketara’ dan mencapai kecemerlangan dalam subjek yang dipelajari.
  • Bebas menikmati faedah pekerjaan yang memuaskan dan menyeronokkan.
  • Menjana satu lagi sumber pendapatan dengan sangat mudah.
  • Boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Pendapatan bulanan tinggi berbanding dengan masa yang diperuntukkan
  • Bakal berkembang ke dalam bidang lain yang mempunyai kaitan dengan bidang tuisyen & al-Quran
  • Menjana saham akhirat dengan berkongsi ilmu dengan seramai mungkin pelajar

Jika anda inginkan keistimewaan-keistimewaan tersebut, anda di jemput bersama kami dalam #BET2019!

Apakah MANFAAT yang anda akan perolehi dalam Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' ini??

Formula Profesionalisma

Ketahui Formula Profesionalisma yang menyebabkan ibu bapa tidak ragu-ragu memilih anda sebagai tutor mereka.

Rahsia ‘part-time’

Rahsia orang bekerja ‘part-time’ bergaji seperti kerja ‘full time’

Modal Rendah

Rahsia orang memulakan kerjaya Tutor dengan modal rendah atau ‘zero cost’!

Rahsia Sukses

Rahsia orang yang yang tidak mempunyai sijil perguruan sukses dalam industri ini.

Saham Akhirat

Mengetahui bagaimana menjana saham akhirat dengan menyebarkan ilmu di minda.

Mentoring

Ambil peluang ini untuk bertanyakan terus kepada speaker-speaker dan ketahui rahsia mereka.
SPTM

Siapa yang sesuai hadir ke Bengkel #BET2019 ini??

  • Mahasiswa dan graduan yang ingin mengajar sambil menjana duit poket sendiri
  • Individu yang sudah mempunyai kerjaya tetapi masih mencari kerja ‘part-time’ yang tidak mengganggu kerjaya utama
  • Usahawan yang sudah memulakan bisnes tuisyen sama ada private tuition, home tuition mahupun pusat tuisyen dan pusat pembelajaran al-Quran

Mengapa perlu hadir ke Bengkel #BET2019?

  • Kami bantu anda untuk memulakan langkah mudah menjadi Tutor Tuisyen dan Al-Quran walaupun anda tiada pengalaman mengajar.
  • Kami bantu anda untuk memulakan kerjaya dalam bidang ini dengan perkongsian pengalaman sebenar
  • Kami bantu anda mengembangkan kerjaya Tutor sedia ada ke tahap yang lebih baik, profesional dan sistematik

Siapakah Speaker-Speaker #BET2019?

Coach Mohd Noor

Coach Mohd Noor Tahir

Biodata

Mohd Noor Mohd Tahir pernah mempunyai pengalaman sebagai guru sekolah rendah dan menengah sebelum menjadi Pensyarah di sebuah IPT.

Dianugerahkan sebagai ‘Pensyarah Berkaliber’ di sebuah IPT dan Anugerah Pengajaran ‘Best Subjects’ (4 semester berturut-turut). Semasa berada di sana juga beliau berpengalaman mengendalikan program motivasi, teknik belajar, ceramah kerjaya di sekolah-sekolah.

Kini, beliau yang merupakan Pengasas bagi CMN Global Consultant Sdn Bhd & CMN Education Group.

Beliau telah dianugerahkan ‘Tutorpreneur Icon 2016’ melalui undian oleh Tutor & Usahawan Pendidikan Malaysia.

Beliau bersama team CMN Education Group telah membantu, melatih  dan menjalankan ‘coaching’ lebih 2000 orang tutor dan Usahawan Pendidikan di Malaysia secara live dan online dan membantu lebih 70 cawangan tuisyen dan learning centre untuk berkembang.

 Beliau sentiasa menghasilkan panduan, ebook, buku dan produk digital bagi membantu Tutor & Usahawan Pendidikan di Malaysia untuk berjaya dalam bidang ini.

Pencetus kepada Modul Funtastic dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) serta telah mendapat Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya.

Selain itu, Team CMN Funtastic juga telah merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA

Selain itu beliau telah mendapat pensijilan ‘Neuro-Linguistic Programming (NLP)‘ & Neuro-Semantics dari ISNS U.S.A dan ‘Body Language Certified‘ dari Body Language Expert dan pernah menghadiri National Tutor Conference (NTC) di London.

Beliau juga telah mengasaskan Portal khas untuk Tutor & Dunia Pendidikan Malaysia melalui www.tutorprofesional.com dan berkongsi tentang bidang tutoring di Malaysia melalui blog beliau www.coachmohdnoor.com semenjak tahun 2012

Beliau serta tutor dan usahawan pendidikan juga berazam untuk memberikan pendidikan percuma kepada mereka yang memerlukan terutama anak yatim dan yang kurang berkemampuan melalui inisiatif oleh CMN Care yang telah dimulakan pada tahun 2016.

Beliau juga telah dijemput untuk menyumbang idea dan pendapat dalam Jawatan kuasa Kajian Dasar Pendidikan (Bahagian STEM Sekolah) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) untuk melaksanakan Pembelajaran STEM di sekolah-sekolah

Cikgu Isa Idris

cikgu isa

Biodata

Berpengalaman dalam bidang tutoring sejak 2012, dan masih lagi berkongsi ilmu sebagai Tutor.

Bekas guru sekolah ini merupakan salah seorang Trainer dan Event Manager CMN Education Group yang melatih tutor untuk menyampaikan ilmu dengan lebih menarik & berkesan.

Selain itu beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan program untuk pelajar sekolah.

Fokus pada subjek Matematik dan membawa Modul ‘Funtastic Matematik’ untuk guru dan pelajar sekolah.

Merupakan sebahagian Team Funtastic CMN dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) serta telah mendapat Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya.

Selain itu, Team CMN Funtastic juga telah merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA dan Eduinnovation 2018 UKM.

Cikgu Amir

Cikgu Amir

Biodata

Beliau berpengalaman dalam bidang tutoring sejak 2012, dan masih lagi bekerjaya sebagai Tutor & online tutor dalam Al-Quran.

Pernah mempunyai pengalaman sebagai Penulis dalam satu kolum Majalah Al-Islam, beliau merupakan Head of Tutor Affairs CMN Education Group untuk membantu tutor untuk memulakan serta mengembangkan kerjaya Tutor.

Selain itu beliau juga mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program untuk tutor dan guru sekolah.

Beliau fokus pada Quran untuk kanak-kanak dan dewasa.

Merupakan sebahagian Team Funtastic CMN dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) serta telah mendapat Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya.

Selain itu, Team CMN Funtastic juga telah merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA dan Eduinnovation 2018 UKM.

Apakah ilmu dan teknik saya akan perolehi dalam #BET2019 ini?

Formula Profesionalisma dalam Servis Anda

Tip & teknik yang berguna bagi tutor untuk memberikan servis yang menyebabkan ibu bapa dan pelajar akan mengiktiraf anda sebagai tutor yang profesional dan secara tidak langsung akan menaikkan servis dan branding anda.

Teknik ini telah digunakan oleh ramai tutor-tutor yang menyebabkan klien suka serta setia pada anda.

Dengan memastikan apa yang ibu bapa mahu, anda akan dapat:

  • Menambahkan klien secara automatik dengan kaedah pemasaran yang minima
  • Menjana pendapatan yang lumayan
  • Membuat pahala yang berpanjangan

Teknik Pembelajaran Abad Ke-21 & IR 4.0

Dengan mempelajari teknik-teknik mengajar yang praktikal ini, pelajar akan lebih selesa untuk belajar dengan anda dan sentiasa tertunggu untuk kelas seterusnya.

Kita juga akan lebih seronok mengajar dan dapat membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan dengan adanya perubahan yang positif dalam pembelajaran mereka.

Ini menjamin kerjaya anda akan lebih cemerlang dalam bidang ini di samping membantu anda untuk pergi lebih jauh lagi.

Dengan mengetahui keunikan serta niche anda, anda boleh membuat modul pembelajaran anda sendiri dan ini menaikkan imej diri atau branding anda.

Rahsia Legasi Pendidikan

Peserta akan diajar dengan Teknik Lean Start Up iaitu memulakan kerjaya dengan teknik mudah.

Strategi X pula menyebabkan kita kebal persaingan kerana klien suka untuk memilih kita sebagai tutor anak mereka.

Pengurusan SOP Tutor Profesional yang sistematik juga akan dikongsikan bagi meningkatkan tahap profesionalisma diri serta bisnes anda.

Dengan pengurusan yang lebih baik akan membantu anda memperkembangkan serta membantu lebih ramai ibu bapa dan pelajar.

Teknik Digital Learning

Para peserta akan diajar dengan Teknik Digital Learning yang boleh digunakan untuk mengembangkan servis tuisyen lebih mudah dan efektif!

Perkongsian pengalaman dari speaker-speakar tentang pengalaman sebenar jatuh bangun  serta bagaimana mereka boleh kekal dalam bidang ini.

Strategi pula akan menjadikan kerjaya ini bukan sekadar part time tetapi kita akan meninggalkan legasi yang akan dikenang dalam memberi manfaat kepada orang lain.

Bagaimana dengan penglibatan dalam Digital Learning ini dapat mengembangkan kerjaya Tutor kita ke tahap yang lebih profesional,

Setiap peserta yang hadir akan diberikan sijil penyertaan.

ebook-tutor-tuition-coachmohdnoor-bagaimana-nak-buat-tuisyen-jana-pendapatan

Perkongsian oleh Coach Mohd Noor mengenai 9 langkah praktikal untuk menjana 3-4 angka sebulan walaupun anda mengajar secara sambilan.

Ebook ini telah mendapat maklumbalas yang positif dari pembaca dan yang telah mempraktikkan telah menampakkan peningkatan dari sudut ilmu, kemahiran dan pendapatan.

Info Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' #BET2019

TARIKH:    13 Julai 2019
MASA:    8:30 am – 5:30 pm
TEMPAT:   Bilik Seminar, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor

Kos Pelaburan

Sebarang pertanyaan, klik di bawah

 

Dianjurkan oleh

null
null