Wanita Ini Berkongsi Kepentingan Menguruskan Kewangan Tutor Sejak Dari Awal

Menjadi home tutor secara perseorangan dan menjadi pendiri bisnes home tuition adalah dua cabang yang berbeza.

Paling kerata dari sudut kos. Sebagai home tutor perseorangan memerlukan kos yang minima seperti kos perjalanan ke rumah klien dan juga buku. Pendapatan yang diterima pula 100% milik kita.

Berbeza dengan pendiri bisnes home tuition, banyak kos yang perlu diambil kira. Elaun tutor, kos marketing, bil telefon, internet dll.

Sudah tentu pendapatan yang diterima oleh pendiri bisnes home tuition bukan lagi 100%. Banyak kos-kos yang perlu ditolak. Baki yang tinggal barulah boleh kita gunakan.

Namun, kekangan yang sering berlaku apabila menjadi home tutor perseorangan ialah sehingga satu tahap kita tidak mampu untuk tambah lagi pelajar kerana jadual sudah penuh. Permintaan yang semakin meningkat terpaksa ditolak.

Dengan menjadi pendiri bisnes home tution, kita selaku pengurus mampu memenuhi permintaan ibu bapa dengan berkongsi rezeki yang ada bersama tutor dibawah seliaan kita.

Tugas kita bukan lagi mengajar tetapi mengurus dan mengembangkan bisnes home tuition dengan bersistem.

Insha Allah, dengan teknik dan sistem yang betul, bisnes home tution yang kita bina mampu berkembang lebih jauh.

Jika kita memulakan langkah sebagai home tutor, kitalah sebagai tenaga pengajar, kitalah juga yang menguruskan bahagian kewangan termasuk membuat claim klien.

Kebiasaan yang terjadi, bila hujung bulan setelah bayaran yuran diterima daripada ibu bapa pelajar, bila ditanya berapakah jumlah keseluruhan pendapatan pada bulan tersebut? Agak mudah untuk mengeluarkan angka – angkanya.

Tetapi apabila ditanya berapakah keuntungan bersih yang diperolehi pada bulan tersebut? Teragak – agak untuk mengeluarkan jawapan. Malahan ada yang tidak tahu langsung kerana menggunakan konsep ‘dapat, guna dan habis’.

Selain menjadikan kerjaya tutor sebagai passion dalam mendidik, seorang tutor profesional juga bijak merangka masa depan dalam mengembangkan bidang tutor ke satu tahap lagi.

Bermula dengan mendaftarkan perniagaan dan menguruskan kewangan dengan lebih sistematik, iaitu jelas diketahui angka – angka total pendapatan, kos operasi, untung bersihnya beserta dokumen yang lengkap.

Melalui data inilah kita boleh menilai keadaan semasa bisnes dan membuat suatu keputusan untuk perancangan masa hadapan.

Apabila sudah menjadi rutin membuat rekod dan simpankira ketika menjadi seorang tutor dahulu, menguruskan bahagian kewangan dengan jumlah transaksi yang banyak kini lebih senang.

Perniagaan yang sedang berkembang ini boleh diupgrade kepada syarikat dengan mudah. Sama ada PLT atau Sdn Bhd, banyak kelebihan bersyarikat yang boleh dinikmati.

Laksanakan tanggungjawab dengan membayar zakat dan cukai perniagaan apabila sudah cukup tempoh. Rekod dan buat simpan kira dengan lengkap, labur pada ilmu dan pembangunan team, buat simpanan tetap.

Apabila tiba masa untuk kita melangkah lebih jauh dan memerlukan suntikan modal tambahan, para pelabur yang berminat pasti akan menilai syarikat kita berdasarkan laporan kewangan. Malahan, jika kita mahu menggunakan fasiliti bank untuk membeli aset, laporan kewangan juga yang akan dilihat.

Begitulah besarnya impak pengurusan kewangan yang sistematik. Bermulalah sekarang ketika masih seorang diri mengajar dan mengurus home tuition.

Fahami angka-angka dan trend setiap bulan agar apabila sudah berkembang dan ramai tutor dibawah pengurusan kita nanti kita mampu mengawal dan sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here