Cikgu Akin nama gelaran yang di beri.Kisah permulaan kerjayanya adalah sebagai seorang Eksekutif Akaun pada tahun 2014, seminggu setelah tamat pengajiannya dalam Diploma Perakaunan. Atas alasan sayang untuk meninggalkan kerjaya yang semakin disukai itu, maka beliau menyambung pengajiannya dalam Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Shah Alam secara separuh masa.

Bekerja dan belajar sudah cukup berat pada awalnya. Namun, sikap ingin mencuba sesuatu yang lain ibarat memberi ‘jalan baru’ pada Cikgu Akin untuk mencuba satu lagi peluang kerja iaitu ‘tutoring’. Bermula dengan niat hanyalah sekadar menambah pendapatan bermula pada tahun 2015.

Beliau cukup serius untuk meneruskan ‘kerjaya baru’ ini sehingga membuatnya tekad menghantar permohonan sebagai guru tuisyen di sekitar perumahannya. Semangatnya cukup tinggi! Namun, Tuhan lebih mengetahui segalanya. Jawapan yang diterima, cukup menghampakan.

Ya, kesemua mereka menolak permohonannya. “Bukan ke pengalaman itu akan ada jika diberi peluang?” “Atau mungkin ini belum saatnya?” detik hati kecilnya.

Semangat mulai pudar. Dengan perasaan lemah, beliau mencari di laman sesawang, “Latihan Guru Tuisyen.” Ternampak nama Master Yus dan Coach Mohd Noor. Intai punya intai, beliau terlihat perkataan ‘Tutor Professional Malaysia’ di skrin komputer ribanya. Teruja!

Niat di hati, dah semangat. Tapi, bila fikir komitmen dan ditambah dengan tiada kenalan dalam bidang pendidikan ni, semangat dihentikan sementara.

Rupanya, perancangan Allah tak berhenti di situ.

Ya, benar. Allah sedang merencana perancangan yang Maha Hebat.

Di tahun kedua terakhir semasa pengajiannya, seorang sahabat baik datang dan menawarkan satu tugasan ‘tutoring’ subjek Prinsip Akaun di pusat tuisyen. Tugasan tersebut adalah ‘urgent’ kerana rupanya kelas tersebut sudah dibatalkan sebanyak 3 kali.

Rasa kasihan dan teruja nak mengajar terhalang dek jadual waktu kelas clash dengan jadual peperiksaan akhir di UiTM. Dengan berat hati, beliau cuba membantu sehabis baik untuk mencari pengganti untuk sementara. Namun, tiada seorang yang sudi walaupun hanya sementara.

Pilihan apa yang beliau ada selain melepaskan tugasan tersebut? Kononnya boleh melepaskan diri, maka beliau memberi syarat paksa, “Saya akan datang kalau kelas tukar malam.” “Okay cikgu, kelas on malam.” “Hah! Sudah.” Perasaan nervous, teruja, takut dan risau terus menghantui.

Tetapi, rupanya di sini lah perjuangan sebenar bermula. Rancangan Allah benar-benar cantik. “Memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Tepat waktunya bila, dengan siapa, di mana dan bagaimana.”

Menjadikan pengalaman di pusat tuisyen ini sebagai batu loncatan untuk mula berjinak-jinak dengan dunia home tuition. Bermula dengan 1 pelajar, bertambah kepada 10 pelajar dalam masa 3 bulan. Mengajar dan mencuba pelbagai teknik menjadikan beliau akhirnya dapat tackle pelajar yang merasakan subjek Prinsip Akaun subjek yang susah dan menyusahkan dan ada niat untuk drop ini kepada rasa minat yang luar biasa.

“Slowly but surely.”

Perasaan paling membahagiakan baginya adalah apabila diberi tugasan mengajar pelajar yang mempunyai gred tidak lulus dalam Prinsip Akaun, menjadikan mereka somebody dan melatih pelajar untuk saling berkongsi ilmu walaupun sedikit.

Perjalanan sebagai home tutor rupanya tak berhenti setakat itu saja. Maha suci Allah, kuasaNya melebihi segalanya apabila sekali lagi diberi peluang melihat perkataan ‘Tutor Profesional Malaysia’ pada tahun 2019. Pertemuan bersama Coach Tiga Serangkai ini membuatkan beliau teruja nak jumpa dan belajar lagi dan lagi.

“Sungguh menginspirasikan.”

Tak pernah lelah berkorban dan terus berjuang bersama-sama demi sebuah passion yang sama. Itulah ‘team’ CMN Academy! Berbekalkan kata semangat, “Cikgu Akin boleh punya!” Maka, beliau turut bersama-sama ‘team’ Funtastic yang lain menjadi salah satu speaker bagi Seminar Beyond Expectation Student Tutoring (BEST).

Priceless.

Perjalanan naik turun selama 6 tahun ini ternyata membuka mata beliau. Rupanya ‘tutor’ ini bukanlah sekadar kerjaya. Ini adalah pengorbanan. Ini adalah komitmen dan ini adalah amanah. Dan inilah rupanya jawapan bagi doa beliau 10 tahun lepas.

“Ya Allah, kurniakan aku kerjaya yang dapat memberikan aku pahala yang berterusan seperti mengalirnya air zam zam yang mengalir tanpa henti walaupun nanti aku dah tiada di dunia.”

Sekian.Salam dari hati paling dalam.

-Akin.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here