“Bedah potensi diri kita, apa kekuatan sebenar untuk kita teruskan menyumbang kepada pelajar-pelajar”. Inilah antara prinsip yang selalu dipegang oleh Akmal Yaacob dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang tutor.

Beliau dari seorang suri rumah hanya mula mengajar dari rumah selepas mendirikan rumah tangga. Beliau lepasan Al-al Bayht Jordan tahun 2013 tamat pengajian. Setelah tamat pengajian, beliau mengajar di sebuah sekolah integrasi di Shah Alam.

Tahun 2016 Akmal Yaacob mula menyelami dunia tutor bermula dengan penyertaan sebagai peserta program Simposium Tutor Professional Malaysia. Impak dari program tersebut, beliau terus mendalami dengan serius bidang tutor sehingga mampu mencipta dan membina keunikan tersendiri apabila mendekati pelajar-pelajarnya.

Akmal memulakan kerjaya tutornya dengan mengajar Al-Quran dan Tajwid khusus untuk kanak-kanak sejak tahun 2016. Di awalnya beliau hanya mengajar mengaji Al-Quran di satu ruangan kecil di rumah beliau dengan jumlah pelajar ketika itu hanya 4 ke 5 orang.

Apabila terlihat hasil yang baik dan pelajar mula mampu membaca Al-Quran, ibu bapa pelajar mengesyorkan dan memperkenalkan kelas pengajian al-Quran Akmal kepada kenalan mereka, menjadikan jumlah pelajar meningkat kepada 30 orang. Beliau mula berkerjasama dengan sebuah pusat tadika untuk membantu memastikan manfaat yang telah dibina dapat diteruskan tanpa sebarang kekurangan.

2017 Akmal mula menghasilkan modul belajar dan mengajar sendiri yang pertama iaitu Flashcard Hijaiyah Jadda Wajada. Hasil dari pengalaman mengajar sejak tahun 2016 dan mengenali tahap serta cara belajar kanak-kanak terutamanya pemahaman kepada ilmu tajwid.

Maka terhasillah sebuah karya baharu yang diberi judul Buku Tajwid Jaddawajada, Belajar Tajwid Gaya Infografik termasuk konsep E-Learning. Matlamat utama modul ini dihasilkan adalah untuk memasukkan unsur keseronokan belajar ilmu Tajwid sekaligus menjadikan pelajar tidak bosan dan mudah faham. Modul ini berjaya dicetak sebanyak 4 kali cetakan.

Selepas Sesi Perbincangan Bersama Pemilik-pemilik Tadika

Setelah permintaan semakin meningkat, Akmal mula belajar bagaimana cara untuk mengembangkan lagi kelas pengajaran beliau dengan lebih tersusun dan bersistem.

Beliau mendapatkan rujukan dan panduan daripada CMN bagaimana untuk menghasilkan kelas yang bersistem. Hasilnya beliau dapat membuka cawangan kelas baharu di beberapa lokasi tadika dengan menggunakan modul bersistem yang berjaya dihasilkan.

Jika pada 2016 Akmal hanyalah seorang peserta biasa di program Simposium Tutor Profesional Malaysia, namun pada 2019 Akmal meyertai program yang sama sebagai speaker jemputan malah mendapat anugerah “The Legend” Creative Module Creator di program tersebut.

2019 adalah tahun beliau mula membina rangkaian dengan mengadakan bengkel kepada tenaga-tenaga pengajar pengajian al-quran. Bengkel JWES Academy dengan misi utamanya adalah untuk membantu bagaimana memastikan kelas pengajian yang sedia ada tidak terhenti apabila berlaku beberapa situasi dan terus dikekalkan sehingga mampu dikembangkan ke tahap yang lebih baik melalui penggunaan Modul Tajwid Infografik dan SOP khas yang dibekalkan.

2020 COVID-19 melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun pandemik yang dahsyat ini walaupun memberi kesan kepada kelas beliau tetapi tidak  mengurangkan semangat beliau untuk terus membantu anak-anak mempelajari ilmu Al-Quran.

Beliau mula menginovasikan pembelajaran tajwid infografik ke arah konsep online class. Dengan kepercayaan yang dibina bersama ibu bapa, permintaan sentiasa ada dan JWES Academy mampu berdiri teguh sehingga ke hari ini. Apa yang dipegang oleh beliau, “selagi passion masih utuh dalam diri akan teruskan legasi ini sehingga ke liang lahad”.

-Ustazah Akmal-

Perkongsian ustazah yang pada mulanya hanya suri rumah, kini beliau merupakan peneraju kepada beberapa buah pusat tusiyen. Jadi, rahsianya ada di dalam Simposium Tutor Profesional Malaysia. Nantikan kemunculannya untuk tahun 2020.

Nak bina Modul yang berimpak tinggi? Info lanjut di Legend Blueprint Mentorship

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here