Mula mencari pengalaman sebagai pengajar dengan bekerja sambilan di sebuah pusat
tusyen di Seri Kembangan semasa belajar di IPT. Pada ketika itu, tujuannya hanyalah semata-mata bagi mencari duit belanja dan niat untuk membantu keluarga di kampung dari segi kewangan.

Beliau datangnya dari keluarga yang serba kekurangan dan mempunyai adik-beradik yang ramai. Ibu dan ayahnya bekerja sebagai penoreh getah dan mereka menetap di kawasan Felda. Pendapatan pada ketika itu agak sukar, kedua orang tuanya sudah berusia namun masih mencuba untuk mencari rezeki.

Disebabkan itu, Cikgu Zaiju berasa bahawa beliau tidak mahu menyusahkan
ibu dan ayahnya. Tidak tegar rasanya sebagai seorang anak yang sudah berkemampuan untuk bekerja, tetapi masih lagi mengharapkan duit belanja daripada ibu dan ayahnya.

Seorang sahabat menghulurkan bantuan dengan menawarkan pekerjaan sebagai seorang
pengajar di tempatnya bekerja. Di situ, beliau menimba pengalaman sebagai pengajar dan belajar rentak menjadi pengajar. Di situ juga beliau diuji dengan kemampuan diri apabila seorang klien telah menyerang pusat tusyen dan menyalahkan Cikgu Zaiju atas kemerosotan pembelajaran anaknya.

Tanpa segan silu, klien tersebut menyuarakan ketidakpuasan hatinya dan terus menghentikan anaknya daripada belajar di pusat tersebut. Masalah tidak terhenti di situ apabila pelajar lain juga menarik diri daripada belajar di situ.

Beliau hilang keyakinan diri untuk mengajar kerana dipersalahkan sebegitu rupa. Sudah
jatuh ditimpa tangga, tidak lama selepas itu pusat tusyen itu pula mula gulung tikar dan Cikgu Zaiju pula diberhentikan dengan serta merta. Beliau hilang punca dan hilang pendapatan.

Pada waktu itu, wajah ibu dan ayah sentiasa terpapar di minda. Takdir telah menemukan Cikgu Zaiju dengan Akademi Infitah. Berbekalkan secebis kekuatan, beliau menghadiri temuduga dan akhirnya layak menjadi home tutor di bawah Akademi Infitah.

Pengalaman pertamanya sebagai seorang tutor sentiasa dihantui dengan rasa takut dan tidak yakin setelah apa yang dialaminya sebelum ini. Minggu demi minggu berlalu, beliau memaksa diri untuk sentiasa cekal dan berpegang pada niat utama beliau. Sehinggalah pada suatu hari, beliau menerima berita gembira daripada pihak Akademi Infitah.

Beliau mendapat tahu bahawa anak muridnya telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Pada waktu itu, keyakinannya kembali meningkat dan itulah titik permulaannya ke arah sesuatu yang baru.

Setelah bergraduasi, beliau bekerja sementara di MARDI Serdang sebagai Pegawai Teknologi Maklumat dan masih meneruskan kerjaya sebagai tutor pada waktu malam. Pada awal tahun 2019, beliau telah menamatkan zaman bujang beliau dan berhasrat untuk menjadi tutor sepenuh masa.

Keputusan ini disokong sepenuhnya oleh suami beliau. Akan tetapi, pendapatan itu tidak mencukupi pada permulaannya dan beliau mula mempersoalkan keputusannya untuk menjadi tutor sepenuh masa.

Terasa bagai diberi nafas baru apabila beliau berjumpa dengan Coach Mohd Noor pada
pertengahan tahun 2019. Pada masa itulah beliau banyak menimba pengalaman baru sebagai fasilitator STEM dimana beliau diberi peluang untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar dan guruguru sekolah. Beliau juga telah mencabar diri dengan berkongsi ilmu melalui medium Facebook Live.

Tiada siapa menjangkakan bahawa pada tahun 2020, umat manusia diuji dengan wabak
penyakit COVID-19. Pada masa ini, beliau menceburkan diri dengan kelas atas talian (online) dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah kini.

Persiapan untuk kelas atas talian ini pada mulanya agak mencabar kerana perubahan dari “home tutor” ke “online tutor” merupakan sesuatu anjakan yang baru. Segala nota perlu ditukar ke bentuk digital dan banyak tenaga perlu dicurahkan untuk menjayakannya.

Semua itu dihadapi dengan semangat yang tidak luntur yang ditiupkan oleh suami tercinta
demi berkongsi ilmu dengan para pelajar. Hari demi hari, Cikgu Zaiju mencari sesuatu yang baru untuk dijadikan bahan mengajar yang menarik dan kreatif. Baginya, inilah bidang yang ditakdirkan untuk dirinya dan beliau sepenuh hati yakin dengan apa yang dilaksanakannya.

-Cikgu Zaiju-

Di sinilah segalanya bermula. Dari zaman kejatuhan, kepada zaman kegemilangan. Jatuh tidak semestinya berahir. Kekuatan untuk mengubah nasib itu menjadi keutamaan. Bagaimana dengan anda?

Masih lagi tidak mahu teruskan dan mengalah? Jika ya, teruskan disitu. Jika kebangkitan yang di inginkan, jangan lepas peluang. Jom sertai Bengkel Online Legend Blueprint Mentorship untuk bina Modul yang bernilai tinggi. Anda adalah masa depan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here