Ramai di antara Tutor, Pengusaha Tuisyen dan Mengaji mengadu bahawa mereka terkesan dengan PKP ini.

Ye lah, tak boleh nak mengajar macam biasa…kelas pun tak boleh nak buka lagi.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sektor pendidikan telah ditutup sehingga ke hari ini untuk menjaga keselamatan anak-anak dan pelajar yang kita sayang.

Namun, kita tak boleh berdiam diri..kita perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa terutamanya di fasa Covid-19 ini supaya kita tidak ketinggalan.

Oleh yang demikian, banyak inisiatif yang boleh dilakukan oleh Tutor dengan mengaplikasikan ‘Digital Learning’ di dalam talian untuk memberikan ilmu yang terbaik kepada pelajar.

Ada dua jenis ‘Digital Learning’

  1. ‘Synchronous Learning’
  2. ‘Asynchronous Learning’

‘Synchronous Learning’ ialah pembelajan secara live bersama pelajar yang dijalankan pada waktu sama manakala ‘asynchronous learning’ adalah pembelajaran digital yang tidak dijalankan pada masa yang sama seperti Khan Academy dan Digylearn.

Antara aplikasi yang biasa digunakan dan digemari oleh pendidik untuk ialah ‘Zoom’ dan Google Meet.

Kali ini kita akan fokus pada Pembelajaran menggunakan Zoom.

Tetapi sebelum itu, Zoom ini bukan ada masalah?

Sebenarnya yang viral baru-baru ini banyak yang ‘fake’ dan Zoom pun telah upgrade security mereka.

Aplikasi Zoom ini membolehkan Tutor dan pelajar berkomunikasi secara perseorangan atau lebih secara maya yang memberikan ilustrasi seperti perbincangan secara berhadapan atau ‘face to face’.

Pengalaman kami Zoom memang ‘user-friendly’. Namun banyak je aplikasi lain seperti Webex, Google Meet, Microsoft Teams, Skype dan banyak lagi.

Tutor dan pelajar boleh berkomunikasi seperti kelas biasa yang telah dilakukan sebelum ini malah boleh menggandakan lagi cara pembelajaran secara digital yang kreatif, inovatif dan interaktif.

Sebagai seorang Tutor  dan Pendidik yang profesional, penggunaan Zoom secara profesional juga perlu dititikberatkan.

Hal ini kerana, ia menampakkan bahawa anda adalah seorang Tutor yang mempunyai kredibiliti dan kelebihan tersendiri. Ia melambangkan imej anda sebagai seorang Tutor yang berjaya.

Nak tahu tips penggunaan Zoom secara PRO ketika meeting dengan ibu bapa pelajar ataupun meeting dengan pelajar anda? Ikuti tips dibawah.

5 Tip Setup Kelas Online Tuition Gaya Pro

1) Perhatikan ‘settings’ di paparan Zoom anda

Jika anda sebagai host dan ingin mengajar anda boleh set mikrofon peserta lain kepada mode mute kecuali anda ingin memudahkan sesi komunikasi dua hala.

Boleh set video untuk di buka atau ditutup apabila kelas di jalankan berdasarkan keperluan.

2) Tutup semua notifikasi yang tidak diperlukan seperti ‘Telegram’ ataupun ‘WhatsApp Web’ anda. Kemaskan ruang perbicangan anda terutamanya jika menggunakan phone jika anda ingin fokus mengajar atau belajar.

3) Ambil langkah yang mudah untuk menampakkan diri anda yang terbaik

  • Akifkan Zoom beauty filter
  • Setkan kamera anda di ‘angles’ yang terbaik.
  • Pantulkan lampu ke belakang dinding yang anda duduk untuk menampakkan diri anda secara jelas atau duduk menghadap tepat ke arah paparan skrin ‘window’
  • Wujudkan ruang suhu yang selesa untuk mengelakkan anda terganggu sewaktu meeting dijalankan.

4) Gunakan kelebihan latar belakang (Virtual background) yang menarik di dalam aplikasi Zoom untuk memberikan suasana atau kelainan yang positif.

5) Anda boleh ‘share screen’ atau ‘share window’ untuk berkongsi bahan pembelajaran seperti powerpoint atau video dari Youtube.Anda juga boleh menggunakan ‘digital whiteboard’ Zoom atau menggunakan peralatan tambahan seperti ‘bamboo pad’.

Mungkin anda kurang jelas jika hanya membaca sahaja 🙂

Untuk lebih jelas boleh tonton video ini:

Sekiranya PKP berakhir nanti, jika ada permintaan untuk kelas ‘offline’, Tutor boleh jadikan ‘Hybrid Learning’ suatu budaya pula iaatu gabungan kelas online dan kelas offline.

Semoga ada manfaat. Jika ada manfaat mohon kongsikan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here