Bermula sendiri pada cuti semester pertengahan tahun 2011, dicadangkan oleh seorang rakan universiti sambil rakan tersebut membantu membuat iklan. Ketika itu, mendapat pengalaman baru mengedarkan iklan dari rumah ke rumah. Kelas pertama yang diadakan ialah kumpulan pelajar perempuan yang akan menduduki SPM seramai 3 orang.

Baru bermula, terus ambil kelas SPM. Yakin diri betul! Alhamdulillah, kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Kerjaya secara “part time” ini diteruskan walaupun sudah memulakan semester baru. Selalunya kelas diadakan pada hujung minggu.

Pada tahun 2012, kebetulan ternampak “post” di Twitter oleh bekas pelakon, Wardina Safiyyah yang ingin mendapatkan khidmat tutor untuk anak-anaknya. Seterusnya mencuba nasib memohon melalui e-mel, pada mulanya Kak Wardina terkeliru dengan nama Solihin, dan hampir ditolak.

Alhamdulillah, masih ada rezeki, beliau meminta untuk berjumpa untuk sesi temuduga ringkas dan akhirnya diri ini diterima berdasarkan pengalaman yang ada.

Pernah sekali, beliau minta mengajar anak-anaknya di Janda Baik, Pahang kerana beliau perlu hadiri program di sana. Beliau rela menanggung kos perjalanan pergi balik. Sempat juga menyelitkan diri join “Islamic Talk Program” yang disampaikan oleh speaker dari luar negara.

Permintaan mula bertambah mulai tahun 2013 melalui rakan-rakan kakak yang merupakan
kenalannya ketika belajar dan juga melalui rakan-rakan gurunya. Seterusnya, membuat
keputusan untuk menjadi tutor sepenuh masa pada 2014. Setelah membuat keputusan tersebut, langkah dimulakan untuk mencari bengkel-bengkel yang dapat mengiktiraf diri sebagai tutor.

Maka, terjumpa Bengkel Beyond Expectation Tutor dan cuba mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Coach Mohd Noor. Di situlah berlakunya “turning point” dalam kerjaya bidang tutoring ini. Coach Mohd Noor walaubagaimanapun dapat melihat potensi diri sebagai Usahawan Tutor, mencadangkan untuk “join-venture” menguruskan Beyond Home Tuition (BHT) cawangan Putrajaya.

Ternyata bidang tutor dan bisnes amatlah berbeza dan memerlukan komitmen berganda. Tambahan pula, sibuk menguruskan persediaan untuk majlis perkahwinan. Dalam pada mencari rentak menguruskan rumahtangga dan kerjaya dan setelah menghadapi pelbagai cabaran untuk mengembangkan bisnes, akhirnya bertindak mengundurkan diri dan
bergerak secara solo pada tahun 2019.

Kali ini memang fokus kepada mengajar sahaja. Alhamdulillah, lebih fokus kali ini dan rezeki sentiasa berterusan. 2020 membuka peluang baru menjadi salah seorang tutor untuk Program Tutoring di sebuah sekolah menengah. Dalam masa yang sama berjinak-jinak menjadi Tutor Hybrid pula.

Kemudiannya, lebih fokus kepada pengajaran online. Pertemuan dengan Team Funtastic pada Julai 2020 memberikan semangat baru untuk berkongsi ilmu dalam pelbagai medium.
Sememangnya berasa sangat bersyukur diberikan pelbagai peluang untuk mendapat pelbagai pengalaman dalam bidang ini.

-Cikgu Solihatun-

Bina kerjaya Tutor anda dengan lebih baik di Bengkel Legend Blueprint Mentorship

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here