Pembelajaran dalam talian adalah satu inisiatif yang diketengahkan secara serius setelah Malaysia dikejutkan dengan Virus Covid-19. Namun, pembelajaran secara online akan menjadi hambar jika bahan pembelajaran yang digunakan tidak menarik dan membosankan. Jadi, artikel pada kali ini akan memperkenalkan cara untuk membina peta minda atau carta aliran secara digital dan menarik hanya menggunakan Coggle.it.

Apakah coggle.it? Coggle.it ialah satu ‘tools’ dalam talian yang boleh bina dan kongsi hasil kerja peta minda atau carta aliran bersama dengan mana-mana individu yang kita inginkan. Setiap perubahan yang anda lakukan , semua ahli yang mendapat perkongsian akan boleh melihat perubahannya. Anda tidak perlu muat turun atau ‘install’ aplikasi ini. Hanya ‘login’ dan teruskan dengan melakarkan peta minda atau carta aliran yang anda inginkan.

Apabila menggunakan coggle.it, cara penyampaian idea akan menampakkan lebih kreatif. Semestinya lebih nampak mudah dengan menggunakan coggle.it. Setiap perubahan yang dilakukan pada peta minda tersebut akan diterima oleh setiap individu yang menerima perkongsian tersebut walau dimana pun mereka berada dengan hanya menggunakan telefon pintar dan rangkaian internet.

Mudahkan? Anda sebagai seorang pendidik semestinya ingin memberikan penyampaian ilmu yang mudah dan senang difahami oleh anak didik anda. Coggle.it bakal membantu anda yang mencari platform yang menarik untuk hasilkan bahan pembelajaran yang kreatif dan tidak membosankan. Bukan itu sahaja, setiap bahan pembelajaran mestilah mencapai objektif yang ingin disampaikan kepada anak didik.

Penggunaan Coggle.it mempunyai kelebihan seperti dibawah:

  • kolaborasi yang nyata
  • setiap data yang diubah akan di simpan
  • muat naik gambar tidak tehad
  • Boleh tambah teks atau gambar yang tiada di dalam COggle.it
  • Boleh bina ‘loops’ dan ‘join branches’ bagi menampakkan impak yang lebih menarik
  • ‘Starting point’ yang berganda pada hanya satu ‘loops’
  • Boleh bina seberapa banyak gambar rajah (TIDAK TERHAD)
  • Bina carta aliran yang memberi impak yang menarik
  • Setiap indivdu yang berkongsi ‘link’ secara private, boleh ubah carta minda atau aliran (tidak perlu Login)

Daripada kelebihan diatas, apa yang dapat disimpulkan ialah, penggunaan Coggle.it oleh pendidik amatlah digalakkan. Pelajar boleh berkongsi idea di dalam carta tersebut dan seterusnya boleh merasakan sendiri penyampaian maklumat tersebut secara ‘hands on’. Gambar rajah yang dihasilkan dapat membuatkan minda anak didik untuk terus memberikan idea dan berkongsi idea menerusi Coggle.it.

Bagaimana untuk mengendalikan Coggleit?

Rujuk video untuk cara penggunaan Coggle.it.

Klik link Video penggunaan Coggle.it

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here