Dialog diatas merupakan dialog yang sering di dengari di kalangan seorang yang bergelar pelajar. Perasaan memberontak untuk tidak memberikan tumpuan di dalam kelas amat tinggi.

Alasannya mudah, “saya masuk kelas cikgu, saya tetap tak faham. Saya beri perhatian sepenuhnya pun, masih tetap sama. Takkan saya nak hafal semua jalan kira Matematik Tambahan ni?”.

Hafal nombor, hafal formula. Lepas tu soalan pusing sikit, mesti gelabah. Dah tak boleh nak jawab, sebab tak faham soalan. Tak tahu jalan penyelesaian.

Hah! Terpukul kalau anak didik cakap begini kan? Terasa cara kita mengajar ni yang kurang menarik perhatian mereka.

Setiap kali sesi pembelajaran berlangsung, adakah… “Baik anak-anak, buka buku teks muka surat 18. Tajuk harini Polygon. Mari cikgu tunjukkan jalan kira di dalam buku ini”.

Siap sahaja kita tunjuk cara jalan kira (contoh) di dalam buku, kita terus menganggap pelajar kita dah faham. Dapat pulak yang faham pun diam, tak faham pun diam.

Tanpa prejudis kita pun minta untuk mereka siapkan beberapa latihan yang ada dalam buku sehingga masa kelas habis. Betul ke macam ni?

Dalam kelas, tiada unsur funtastic. Tiada unsur soal jawab. Tiada proses ganjaran berlaku terhadap pelajar.

Jadi, pelajar seronok tak dalam situasi di atas? Bagaimana pula dengan anda wahai guru?

Berbaloi ke masa yang anda habiskan? Jom kita lihat situasi cerita dibawah yang di kongsikan oleh Tutor Raj dari CMN Academy.

“Raj, kalau soalan begini kalau ditanya, biasanya you tunjuk teruih jalan kerja nyer, ataupun you bawa pelajar “bersiar siar” menjelajah cerita disebalik soalan itu?”

Kepada kome yang mengenali teman ni, biasanyer kome akan paham, yang teman tak suka bebeno tunjukkan jalan penyelesaian nyer teruih.

“Ater naper tak bagi solution je teruih, kan lebih senang buat gitu?”

Yer bagi solusi, memang senang, tapi masalah nyer, apa yang tersirat disebalik penyelesaian itu yg sebenor nyer lebih penting.

“Yang tersurat sahaja tak cukup ke?”

Eh eh kome, mana cukup kalau tau yg tersurat je, lain ler kalau kome nak tahu jawapan sahaja semata mata, then it is different story ler.

“Tapi ramai je yang bagi penyelesaian direct. Perlu ke didedahkan kisah mitos yang tersirat?”

Gini je lah, lain orang lain cara deme, lain pedekatan yang digunakan.

Dan kupasan kali ini, adalah soalan SBP 2020. Soalan 1.

Jom ikuti “pengembaraan” penyelesaian soalan ini.

#Tutor_Raj

Soalan 1

Punca persamaan kuadratik ini adalah m dan juga m/2.

Jadi yang nak dicari adalah persamaan dalam bentuk am?

Ater kome ni tau ke rupa paras kejelitaan bentuk am persamaan sesuatu kuadratik tu?

Soalan 2

Sebelum jawab soalan tu, aper kata kome warm dulu.

Jom jawap soalan ini.

Kalau punca punca adalah 2 dan 1/2, apakah persamaan kuadratik nyer tu?

Fahamkan dulu soalan ini, faham ketiga tiga kaedah ini. Lepaih tu baru leh kome boleh jawab soalan SBP tu tanpa was was.

Disini ada tiga kaedah yang berlainan, kaedah mana yang menjadi Idaman kalbu? A , B ataupun C? Mengapa?

Dan dalam skema pemarkahan kaedah maner yang ditunjukkan? Bagaimana pula kaedah yang lain?

Kalau kaedah A yang ditunjukkan dalam skema, andaikata buat kaedah C, boleh dapat markah ke?

Kalau teman ler ditanya soalan ini, teman bagi je markah.

Matematik ini, jangan kita terhad kepada cara tertentu sahaja, asalkan penyelesaian nyer rasional, lojik, dan munasabah, serta kiraan itu jelas, sepatutnyer kome layak dapat markah.

Macam mana? Menarik tak jalan penyelesaian yang ditunjukkan oleh Tutor Raj?

Nak lagi? Boleh klik link di sini Jelajah Matematik Tambahan SBP Bersama Tutor Raj.

Penerangan di atas adalah secara bertulis. Agak-agak macam mana pula cara Sir Raj ni mengajar secara ‘verbal’? Lihat gambar penyampaian pembelajaran secara online Bersama Sir Raj di bawah.

Salah satu feedback pelajar trehadap pembelajaran yang di sampaikan oleh Tutor Raj

Teruja tak dengan gaya pembelajaran yang diberikan oleh Tutor Raj di atas? Berminat untuk jelajah subjek Matematik Tambahan dan Matematik SPM Bersama Tutor Raj, klik di sini Kembara SPM Bersama Tutor Raj.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here