“Kerjaya ini tidak dibina dalam masa sehari tapi ia dibina setiap hari”. Kata-kata ini menjadi pegangan buat diri ini yang dahulunya hanyalah insan biasa dan pernah gagal berkali-kali untuk meletakkan dirinya sebagai seorang pendidik. Permohonan dan ujian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan tidak pernah berjaya. Namun, siapa sangka sejak detik itu, diri ini telah memasang nekad yang jitu yang mana suatu hari nanti pasti cita-cita ini akan terlaksana jua.

Seorang graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kemanusiaan) dan sekarang menyambung pelajaran di peringkat Master di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Sarjana Pendidikan (Psikologi).

Bermula dengan tiga sekawan iaitu Zul, Imran dan juga diriku yang berkongsi minat yang sama dalam dunia pendidikan, langkah pertama dimulakan. Kami telah bersepakat untuk menubuhkan syarikat kami sendiri dalam bidang “Tutoring” ini. Usah diceritakan beribu edaran helaian flyers yang dicetak dan diedarkan ke rumah-rumah. Malah, hampir berputus asa dek tiada sambutan yang diberikan. Pernah juga dikejar anjing dalam ayat kasar ‘anjing gila’. Namun demikian,semuanya dipandang enteng dan tidak pernah menyekat usaha dan jiwa yang membara ini.

Masih terbayang lagi peristiwa serangan Sultan Kiram II di Lahad Datu yang telah menjadi asbab utama buat diri ini berada di tahap yang tidak pernah dipetakan dalam minda. Pilihan samada berada di medan Latihan Tempur sebagai pasukan sokongan PDRM untuk pelajari taktikal perang  atau hadir ke temuduga sebagai seorang tutor terpaksa dibuat.

Hasil Istikharah dan istisyarah, akhirnya pulanglah daku seorang diri dari pasukan untuk hadir ke sesi temuduga tersebut. Ramai yang mengutuk dan mempersoalkan keputusan yang kupilih. Namun, diri ini tidak pernah menyesali pilihan yang dibuat. Hadir ke temuduga tutor dengan berpakaian yang sedikit pun tidak menggambarkan subjek yang akan dipilih membuatkan penemuduga tidak menyangka yang subjek Al-Quran dan Pendidikan Islam menjadi pilihan hati.

Maka bermulalah segalanya. Keseronokan untuk berkongsi ilmu dan menyumbang serba sedikit ke arah penambahan ilmu anak didik sangatlah memberikan kepuasan hati ini. Di samping itu, hasil usaha “Tutoring” juga telah membuka ruang untuk diri menyimpan lebihan wang yang ada.

Bermula dengan simpanan kecil-kecilan, berjinak-jinak dengan pelaburan emas dan seterusnya dapat membuat simpanan untuk kahwin sewaktu masih lagi bergelar seorang mahasiswa. Sehingga kini, hasil usaha ini juga telah membuahkan hasilnya untuk memiliki rumah dan kenderaan sendiri.

Daripada seorang tutor solo seterusnya ditawarkan untuk menjadi salah seorang team yang menguruskan tutor yang lain. Perjalanan karier ini diteruskan lagi sehinggalah kini menjadi seorang “Coach” yang mungkin tidak pernah layak untuk digalas suatu ketika dahulu. Bukan sahaja berkongsi dengan tutor, malah melebarkan sayap dengan perkongsian bersama guru-guru di PPD, malah di jemput berkongsi bersama pensyarah-pensyarah berkaitan dunia teknologi pertutoran.

Disebabkan kepercayaan yang diamanahkan oleh Syarikat CMN Global, karier ini diteruskan lagi dengan memegang portfolio Pengurus CMN Icon Mumtaz. Walaupun terpaksa menolak tawaran sebagai seorang wartawan di Syarikat Utusan, tawaran ke sebuah hospital dengan gaji yang lebih lumayan, malah sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang mana diri ini tidak pernah kesali walaupun sedetik. Seterusnya di angkat sebagai Head of Tutor Affairs dan sekarang merupakan Ketua Pegawai Sumber Manusia yang menguruskan beratus tutor di dalam syarikat. Bantu tutor lain dalam membina kerjaya mulia ini dengan mewujudkan ‘tutor journey’ adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

 www.amirsyazwan.com

Kembangkan kerjaya dan bisnes pendidikan anda di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here