Melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Sejak 2009 hingga 2012 mengambil jurusan TESL (Teaching English as Second Language). Saya memang memendam impian ingin menjadi seorang pendidik.

Mudah cakap nak jadi cikgu daripada kecik. Alhamdulillah Allah makbul. Lepas praktikal di salah sebuah sekolah di Klang, saya memulakan kehidupan sebagai seorang pendidik.

Awal-awal baru tamat pengajian, saya berjinak-jinak dengan memulakan kerjaya perguruan dengan menjadi seorang fasilitator, program motivasi. Pengalaman yang dilalui sangat bermakna kerana ketika itu saya bukan seorang yang pandai bercakap dihadapan orang ramai.

Ada satu ketika saya ditugaskan menjadi juru acara majlis. Walaupun program dengan ‘budak-budak’ memang Abe Is nampak sangat gementar, sampai tak bercakap untuk satu tempoh yang lama. Saya terdengar ada seorang peserta berbisik “kenapa Abang Is senyap je..”

Seterusnya saya mula bertugas di salah sebuah sekolah rendah swasta di Bangi sebagai seorang ‘muallim’ walaupun saya seorang guru Bahasa Inggeris. Dapat tugasan yang pelbagai yang tak pernah terfikir akal.

Saya menjadi guru kelas tahun 2 yang rata-rata menangis bila saya mengajar (dulu saya garang), jadi pengarah Hari Guru, pengarah Hari Sukan, mengajar jawi, jadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris walaupun tak sampai setahun mengajar, pegang jawatan ketua Jabatan Panitia Bakat, serta saya sampai pernah hantar pelajar wakil sekolah ke pertandingan taekwondo. Kerjaya saya disitu tamat kerana ke’garang’an saya. Akur dengan keadaan yang berlaku. Saya pasrah dengan takdir.

Sambil-sambil saya sambung kerjaya mendidik saya di sebuah sekolah menengah di Jenderam, saya mula memohon beberapa jawatan kerajaan yang saya rasakan ia sesuai dengan kehidupan saya. Pemburuan menjadi pegawai kerajaan bermula dengan ‘serious’.

Jawatan pertama yang saya cuba merupakan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan. Temuduga fizkal saya berjaya dengan mudahnya tapi kecundang ketika temuduga bersama 3 orang pegawai atasan. Pertama kali temuduga.

Agak kecewa kerana terlalu tinggi harapan nak dapat kerja kerajaan. Saya sampai minta bantuan kenalan ‘orang dalam’ untuk pastikan saya lepas temuduga tersebut sehinggakan ‘blazer’ dia pun saya pinjam. Kegagalan kali ini tak mematahkan semangat saya untuk teruskan pemburuan mendapatkan jawatan sebagai pegawai kerajaan.

Seterusnya saya mohon beberapa temuduga penolong pegawai kerajaan yang lain. Antara yang saya cuba iaitu penolong Pegawai Bomba. Dipendekkan cerita, gagal kerana lilitan bidang badan saya tak cukup besar. Semangat membara ingin menjadi pegawai kerajaan diteruskan apabila saya dipanggil untuk temuduga Penolong Pegawai Trafik.

Memang ditakdirkan saya bukan orang yang sesuai untuk tugasan tersebut disebabkan kegagalan dalam ujian penglihatan. Ketika itu memang saya sudah mula memakai cermin mata. Pasrah kerana sudah beberapa kali melalui kegagalan dalam temuduga.

Kemuncak pemburuan menjadi pegawai kerajaan berakhir apabila saya diterima menjadi Penolong Pegawai ‘Air Traffic Control’. Alhamdulillah. Saat yang ditunggu telah tiba dan yang lebih manis saya bakal mendirikan rumahtangga pada keesokkan hari selepas diterima untuk menjadi pegawai kerajaan yang dinantikan.

Dalam keadaan sibuk membuat persiapan untuk berkahwin, melayan keluarga daripada Johor dan Singapore singgah di Bangi tempat saya menyewa untuk meneruskan rombongan ‘Cik Kiah’ ke Pahang, temuduga yang saya pergi, DITERIMA.

Majlis perkahwinan saya berjalan dengan lancer, tibalah masa untuk saya menentukan samada meneruskan niat nak jadi ‘Air Traffic Conrol’ Officer atau pun tidak. Saya perlu menjalani latihan selama 6 bulan di kem dan perlu menginap di tempat tersebut.

Hal ini tidak dipersetujui isteri saya. Satu-satunya temuduga kerajaan yang saya berjaya dan saya memilih untuk tidak meneruskan hajat tersebut.

Saya agak tertekan kerana apa yang saya usahakan selama ini seakan-akan dimusnahkan. Apa yang sebenarnya saya kejar? Kerja kerajaan merupakan kerja yang ‘secure’. Kenapa saya menolak peluang yang sudah ada depan mata?

Hikmah disebalik ujian. Kerjaya home tuisyen yang saya buat kecil-kecilan sudah mula dapat permintaan ramai. Saya juga diterima secara tetap untuk menjadi ‘Event Manager’ di CMN Global Consultant.

Jiwa pendidik saya semakin membuak-buak apabila saya ditugaskan untuk mengurus satu acara tahunan yang dikenali sebagai Simposium Tutor Profesional Malaysia yang dihadiri oleh pendidik seperti saya.

“Isa, tahun ini bersama dengan saya ya berkongsi dengan peserta STPM di atas pentas”. Its like a dream come true. Im living my dream now. Saya seronok dalam mendidik, berkongsi ilmu dengan pelajar serta pendidik yang lain.

Senyuman faham mereka menjadikan kehidupan saya sebagai seorang pendidik lebih bermakna. Saya menjadi pemburu kepada orang yang dahagakan ilmu dalam mendidik insan lain.

Impian saya ingin menjadi Cikgu sejak darjah 2, saya lalui setiap hari dan kini saya akan meneruskan legasi #CoachIsaBerbicara untuk terus memberi inspirasi kepada pendidik diluar sana, agar tidak putus asa dalam mendidik anak bangsa.

Pekerjaan yang penuh dengan cabaran, kesilapan kita diperhati, pengorbanan masa tanpa henti, kadang tu sampai dicaci maki tapi, yakin pada Allah yang memberi rezeki. Mengajar sepenuh hati supaya kita akan di ingati sampai mati.

-Coach Isa, CMN Academy-

Cita-cita dari masa kecilnya dibawa hingga kini. Pernah mendapat kerja kerajaan. Tapi, tolak atas alasan tertentu. Namun, jodohnya memang seorang pendidik.

Terus maju jaya bersama CMN Academy.

Anda rasa Tutor bukan satu kejayaan? Coach Isa adalah buktinya. Jom kembara menyelami ilmu pendidik dalam Networking Tutor & Trainer Profesional Malaysia di Group Telegram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here