Throwback #STPM2020 yang lepas, Coach Mohd Noor, Pengasas CMN Digylearn, CMN Academy & Komuniti Tutor Profesional Malaysia, telah berkongsi Formula 3P Untuk Kekal Bertahan Dalam Bidang Pendidikan.

1. Passion

Minat mengajar sahaja tidak mencukupi. Seseorang itu perlulah ada ‘passion’ yang dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang lebih mendalam dan kuat daripada minat. Minat dan ‘passion’ ini sering disalahertikan sebagai perkara yang sama. Namun sebaliknya, passion selalu ada setelah seseorang mendalami minatnya sehingga minat itu bertukar menjadi passion. Ia membuatkan seseorang berusaha melakukan apa sahaja demi passion-nya itu.

2. Perseverance

Menceburkan diri dalam dunia pendidikan ini tidaklah mudah. Ada cabaran yang perlu dihadapi dan memerlukan seseorang mempunyai ketabahan untuk mengatasinya. Secara mudahnya, ia memerlukan jiwa yang kental dimana jika ada masalah, orang itu boleh bangun kembali. Tidak peduli berapa kali jatuh atau penat, dia akan tetap bangkit. “Fall Seven Times, Stand Up Eight”.

3. Purpose

Adakah kita betul-betul ada ‘real purpose’? Dalam hal ini, kita boleh memastikannya dengan menggunakan konsep Big Why dan Grand Why anda masuk dalam bidang tutoring. Jika tiada ‘purpose’ dan hanya berdasarkan duit sahaja untuk masuk ke dalam bidang pendidikan, seseorang itu tidak akan kekal lama. Perlu ditegaskan bahawa duit itu tak salah, tetapi jika masuk semata-mata kerana duit, mustahil untuk bertahan dengan pelbagai cabaran yang datang.

 

Kali ini. Tahun ini. Sudahkan anda bersedia? #STPM2021 akan kembali untuk tahun ke-7 dalam masa 10 hari sahaja lagi!

Apa pula perkongsian Coach Mohd Noor kali ini?

Pebagai kelainan dan pembaharuan akan dibawakan termasuklah Digytal Booth, Educator’s Showcase dan LBM Fighters Module Creator.

Lebih dahsyat lagi, #STPM2021 memperkenalkan lebih 20 orang speaker dan jemputan istimewa yang hebat dan berpengalaman.

Jumpa anda di sana! 🙂

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here