“Belajar tinggi-tinggi tapi mengajar tuisyen je ke”?

Ayat ini sudah lali ku dengar, tapi ramai yang tak tahu hikmah menjadi seorang home tutor. Setiap hari doa yang ku pinta hanyalah berikan urusan yang terbaik buat diri ini.

Aku merupakan anak jati johor yang mendapat pendidikan dari sekolah tinggi Arab (Mahaad Johor) dan melanjutkan pelajaran Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan di UIAM Gombak dan sebaik sahaja tamat pengajian aku menjadi pensyarah di salah sebuah IPTS di JB selama 3 tahun.

Kemudiannya aku berhenti kerja sebab mendapat tawaran untuk Sarjana walaupun orang kata bidang yang aku ambil tak sama nanti susah nak cari kerja. Tapi aku percaya rezeki Allah yang beri bukan manusia.

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan master di UTMKL hanya setahun dinobatkan sebagai Graduate on time student dan mendapat anugerah tesis terbaik UTM.

IPTS aku kerja dulu panggil semula untuk kerja tapi aku menolak sebab kolej da berpindah jauh perjalanan ke sana dan aku tidak mahu tinggalkan emak dan abah lagi detik hatiku kerana ada insiden yang terjadi pada emak hanya aku sahaja ada dirumah. Aku nekad nak jaga emak dan abah ketika itu kerana adik beradik lain tinggal berjauhan.

Suatu hari, cikgu sekolah menengah aku dulu, Cikgu Waqifah menghubungi facebook meminta tolong ajar subjek Nahu sebab anaknya ambil peperiksaan STAM, dengan kepercayaan yang diberi saya mengajar sehingga anaknya dapat keputusan Mumtaz.

Cikgu Waqifah juga tela menaja aku untuk sertai bengkel home tutor anjuran Akademi Infitah, pertama kali ku mengenali Coach Mohd Noor atas pelawaan cikgu untuk ke bengkel tersebut.

Maka bermula la episod aku mengajar tuisyen dari rumah ke rumah klien di serata JB walaupun jadual agak penuh tapi aku seronok sebab masih banyak masa barsama mak dan abah di rumah. Setahun kemudian aku dilamar menjadi Pengurus Home Tuition Infitah JB pula dan aku masih menjadi home tutor.

Pada tahun 2015 aku berkahwin dan berpindah ke HQ Infitah di Bangi. Coach Mohd Noor telah memberi amanah yang amat besar untuk menjaga cawangan seluruh negeri seketika ketiadaan coach akan berhijrah ke UK selama 3 tahun.

Allah takdirkan kakak ku yang dulu tinggal di KL pulang ke JB dan duduk berdekatan dengan rumah emak dan abah. Cantik sungguh perancangan Allah aturkan. Masa terus berjalan dengan kesibukan mengurus, memantau dan memberi latihan kepada semua tutor Akademi Infitah aku sibuk dengan pengurusan ketika itu tidak lagi menjadi home tutor.

Namun pengalaman menjaga amanah ini amat bermakna bagiku dan aku belajar mengenali manusia dan komunikasi jarak jauh team dan coach secara online sahaja.

Pada tahun 2018 coach pulang ke Malaysia sepenuhnya dan mula memperkenalkan tuition online dan aku kena jadi model bagi kelas tersebut. Maka aku cuba mulakan kelas mengaji online bersama kawan-kawan lama secara percuma untuk dapatkan feedback, video dan gambar bagi mempromosikan kelas online di CMN Academy.

Ketika ini aku mula buat perkongsian live kelas Bahasa Arab sekali seminggu di page FB dan mengajar mengaji dan Bahasa Arab secara online. Alhamdulillah aku dapat pengalaman mengajar mengaji dan Bahasa Arab pelajar dari Sabah, Sarawak, Singapura, Australia dan Arab Saudi.

Aku mula berjinak-jinak pula mengajar Bahasa Arab untuk calon persendirian SPM yang majoriti pelajar dewasa.

Sehinggalah tahun 2019 di takdirkan arwah emak disahkan menghidapi kanser tahap empat dan tiada rawatan yang boleh dibuat baginya. Arwah emak hanya ada masa 3 bulan sahaja doktor kata untuk terus hidup.

Sememangnya hidup dan mati di tangan Allah, tapi bergitulah kehendakNya. Aku berhenti seketika kesibukan kerja dan kelas kerana aku nak menghabiskan masa bersama arwah emak di JB sebelum dia pergi buat selamanya dan apa yang aku ingat ketika menjaga emak di wad “Inilah hikmahnya kamu kerja ajar tuisyen je boleh fleksible dan masih tiada anak, tapi kamu la yang Allah pilih untuk jaga mak kat wad ni, kakak kamu keje kerajaan susah nak dapat cuti, yang lain pula ada anak kecil susah nak jaga mak”.

Kakakku juga berkata “Untung kau dik boleh jaga mak,tak la rasa terkilan macam along tak banyak masa dengan mak waktu akhir dia”. Berjurai air mata aku baru faham itu la doa ku selama ini meminta berikan urusan yang terbaik buatku. Inilah hikmah yang Allah nak berikan.

Tahun 2020 dengan adanya pendemik covid menyebabkan aku tidak dapat pergi kemana-mana tapi yang pasti ada hikmahNya. Alhamdulillah semakin banyak permintaan untuk aku mengajar secara online sahaja. Kelas Kini aku nekad untuk teruskan kelas online sahaja “no turning back” bukan lagi kelas home tuition kerana aku percaya lebih ramai anak bangsa yang aku dapat bantu mengenali Bahasa syurga.

Pengalaman pertama kali mengajar online untuk pelajar yang ramai dalam group “Funtastic Online Tuition” wujud pada Mac ketika gelombang pertama covid menjadikan jadual rutin malam diisi. Aku mengajar bukan kerana duit tapi sebagai mengubati kesunyian selepas kehilangan arwah emak. Kebiasanya setiap malam aku akan hubungi arwah emak. Kini jadual ku penuh dengan anak murid yang menemani waktu malamku setiap hari.

Aku berjanji sesibuk mana pun aku akan tetap menyampaikan ilmu itu kerana itu adalah minat ku sejak dulu lagi mungkin kerana abahku seorang bekas pensyarah dan arwah mak juga mengajar mengaji untuk qariah masjid sehingga akhir hayatnya.

Subahanallah itulah legasi yang arwah emak tinggalkan dan abah selalu pesan kamu lihat sahaja betapa ramainya Jemaah hadir solat ‘terakhir’ buat arwah emak kamu kerana mengajar mengaji.

Bila abah meninggal nanti abah harap dapat husnul khatimah macam mak kamu juga. Walaupuan aku tidak direzekikan anak tapi aku ada ramai anak murid didunia. Moga kalian
mendoakan cikgu hingga ke syurga. Aku akan terus berkongsi ilmu sehingga akhir hayat ku dengan   menyebut namaku “Ustazah Wahidah”.

Berminat mengembangkan kerjaya anda sebagai Tutor dan Tutorpreneur? Sertai netwoking di sini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here