Kahoot merupakan satu aplikasi pembelajaran secara game yang menyeronokkan, menarik, dan memberikan kesan yang baik walaupun pelajar berada di rumah atau pun di sekolah.

Bukan itu sahaja, aplikasi Kahoot mudah untuk diuruskan dan membuatkan pembelajaran menjadi seronok.

Kahoot terkenal dengan aktiviti kuiz secara online. Jadi, para pendidik boleh menggunakan aplikasi ini bagi menarik minat anak pelajar untuk lebih seronok dalam pembelajaran.

Pendidik boleh bina pelbagai soalan dengan menggunakan aplikasi ini. Jika pendidik tidak mempunyai soalan khusus, di dalam kahoot juga ada menyediakan template untuk soalan yang berkaitan.

Klik pada gambar dibawah untuk melihat contoh soalan yang telah disediakan oleh Kahoot dan cuba game yang berdasarkan pembelajaran. Contoh seperti gambar dibawah Biodiversity and Human health Survey. Klik pada gambar untuk play game as a guest.

Namun, impak yang lebih baik adalah pendidik sendiri yang bina soalan berdasarkan topik pembelajaran yang telah disampaikan.

Pendidik boleh memasukkan gambar rajah dan video ke dalam soalan Kahoot. Justeru, ini akan menjadikan kuiz itu lebih menarik dan tentunya akan membuatkan pelajar lebih seronok dan seronok untuk meneruskan dengan menjawab soalan.

Di bawah adalah gambar contoh soalan di dalam Kahoot dan paparan utama dari host kepada pelajar yang menyertai game tersebut.

Gambar paparan soalan juga sangat menarik dan boleh mengikuti kreativiti guru untuk memasukkan gambar yang di ingini. Di akhir kuiz Kahoot, nama pemenang akan tertera di skrin Kahoot. Jadi, ini akan membuatkan pelajar ingin dan inginkan lagi kuiz.

Kemudian, bahagian paparan untuk skrin pelajar adalah seperti dibawah. Pelajar perlu klik pilihan jawapan berdasarkan paparan soalan daripada host.

Kuiz Kahoot ini boleh diakses menggunakan komputer riba dan telefon pintar. Pemain tidak perlu create akaun untuk memulakan permainan.

Sepanjang PKP dilaksanakan, pembelajaran atas talian seperti cendawan tumbuh yang muncul. Namun, emosi anak pelajar adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Jadi, penggunaan Kahoot game dalam pembelajaran amat bagus untuk diaplikasikan.

Selesai sahaja pendidik bina soalan, aktiviti Kahoot game ini sudah boleh diteruskan. Pendidik boleh kongsikan dengan pelajar nombor pin yang tertera di Aplikasi Kahoot.

Harus diingat bahawa pelajar perlu memasukkan nombor pin yang sama seperti dipaparkan untuk menyertai kuiz tersebut. Jika tidak, pelajar tidak akan berjaya memasuki kuiz tersebut.

Kemudian, minta pelajar untuk masukkan nama mereka. Hal ini kerana, setiap kali soalan dijawab, Kahoot akan paparkan siapa pemenang untuk setiap soalan yang dijawab dan paling pantas. Haa..Ini lah yang mempengaruhi semangat mereka untuk berjuang dengan lebih.

Bukan itu sahaja, setiap satu soalan ada masa yang telah ditetapkan. Jadi apabila tamat masa, jawapan yang betul akan tertera di iringi dengan muzik yang akan menggamit suasana yang menyeronokkan.

Dibawah dipaparkan skrin jika pelajar tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan.

Namun, jika ada pelajar yang menjawab soalan dengan tepat, skrin seperti dibawah akan dipaparkan.

Para pendidik boleh cuba bina Kuiz Kahoot disini Kahoot.com dan alami perbezaannya sendiri. Selamat mencuba.

Bagaimana untuk bina Kahoot?

https://www.youtube.com/watch?v=KJgZZQcsSPk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here