Terkini PKP dijalankan di beberapa kawasan tertentu. Sememangnya semua pihak akan terkesan termasuk dunia Pendidikan.

Pusat Tuisyen kembali gusar dengan keadaan yang berlaku ini. Usahawan Tutor yang baru sahaja sudah mula merasa boleh bernafas sekali lagi menghela nafas berat apabila PKP dilaksanakan. Namun, apakah tindakan anda dalam perkara ini?

Masihkah ditempat yang sama? Kurang yakin dengan pembelajaran online. Terlalu banyak alasan yang bermain di benak fikiran. Terlalu resah pada perkara yang belum dilakukan. Pembelajaran secara online adalah satu platform yang sememangnya akan dicari oleh pelajar atau ibu bapa pada saat ini.

Kenapa? Khuatir akan keadaan anak-anak mereka. Ketinggalan dalam pendidikan mungkin tidak cukup terkesan, namun tertinggal pada dunia realiti yang bakal menyakitkan. Bagaimana masa depan pelajar pada masa akan datang.

Justeru, tugas Tutor pada saat ini adalah menjalankan sebanyak yang mungkin pembelajaran secara online. Pembelajaran ini bukanlah semata ‘one way communication’. Sewaktu menajalankan pembelajaran secara online, Tutor juga perlu ada kemahiran.

Antara kemahiran yang perlu adalah teknik menggunakan platform online, teknik menarik minat pelajar, teknik komunikasi dan banyak lagi yang perlu.  Jika Tutor terlalu menunggu kesempurnaan untuk mulakan, kemungkinan besar Tutor juga akan turut ketinggalan.

Kombinasi Pembelajaran Online Dan Offline

Hybrid learning adalah gabungan pembelajaran secara online dan offline. Ia juga dikenali sebagai kaedah conventional dan moden. Penguasaan ini amat penting sewaktu kita masih di dalam Fasa Covid 19. Bukan itu sahaja, teknik ini perlu dikuasai bagi persediaan pada masa akan datang.

Jadi, apa perancangan Tutor Usahawan Pendidikan? Pada ketika ini, banyak pusat tuisyen yang terpaksa diberhentikan, pause dan sebagainya. Namun, banyak juga yang sudah memulakan kelas secara online kerana tiada cara untuk ‘sustain’ kecuali dengan cara ini.

Bagaimanapun, ada luahan dari seorang pelajar bahawa beliau tidak faham cara pengajaran secara online. Hal ini kerana Tutor tidak memberi peluang untuk bertanya soalan tetapi banyak mengajar sahaja.

Jika soalan dibuka, masing-masing berebut untuk bertanya sehingga pelajar tersebut merasa putus asa. Saya bertanya kepada beliau, bagaimana pula jika cuba ‘chat’ kepada Tutor tersebut. Katanya Tutor tersebut tidak melihat ruangan chat. Sangat kasihan dengan keadaan ini.

Disebabkan perkara diatas, kemahiran untuk mengendalikan kelas secara online juga amat penting. Hal ini untuk mengelakkan dari terjadinya perkara yang disebut oleh pelajar diatas.

Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) dari CMN Academy pada kali ini terpanggil untuk menyampaikan mengenai ‘Hybrid Learning’. Pembelajaran offline yang boleh juga diterap masuk ke dalam pembelajaran secara online. Gayakan pembelajaran seperti anda berada betul-betul di hadapan pelajar anda di dalam kelas.

STPM ini diadakan bagi bantu Usahawan Tutor dalam mempraktikkan pengajaran yang seiring dengan pembelajaran semasa. Jadi, pada tahun ini CMN Academy merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu ‘Hybrid Learning’ ini.

Tutor yang pernah menyertai STPM pada tahun-tahun yang lepas lepas ramai bangkit dengan jayanya. Banyak yang berkongsi pengalaman dan kejayaan selepas penyertaan dari STPM.

Speaker yang hadir adalah speaker yang sangat berpengalaman dalam menjadi usahawan pendidikan. Penggunaan aplikasi terkini amatlah diketengahkan terutama ketika fasa pandemik kini.

Feedback STPM Tahun 2016

Usahawan Tutor 2020 menghadapi cabaran yang hebat apabila Covid 19 melanda. Ramai seperti berputus asa, namun tidak kurang juga yang merebut peluang yang ada.

Jom mulakan gaya pembelajaran hybrid learning. Kombinasi offline dan online sangat tepat memandangkan kita juga sudah mulai melangkah kearah dunia pendigitalan.

Anda Usahawan Pendidikan yang mahu bangkit lebih hebat sewaktu Pandemik Covid 19? Dapatkan info lanjut mengenai Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM2020) sekarang. Klik link STPM2020-Hybrid Learning

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here