Pastinya ramai Tutor yang mengalami permasalahan ini. Perkara ini telah dikenalpasti apabila ketika kita semua dikejutkan dengan Pandemik Covid 19 yang berleluasa pada Mac lalu sehingga dikenakan perintah kawalan pergerakan.

Namun, sedarkah bahawa anda adalah Tutor yang sudah ketinggalan?

Jom ikuti perkongsian dari Coach Mohd Noor (Pengasas CMN Academy) dan Coach Baahir dari Ampac yang di host oleh AOne.

Di zaman yang serba moden dan kearah pendigitalan kini, pembelajaran secara online bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah diaplikasikan di negara luar sudah lama dahulu. Pembelajaran secara STEM dan Funtastic sudah lama diperkenalkan di negara yang maju seperti di United Kingdom (UK).

Walaubagaimanapun, keberkesanannya diragui di negara kita. Pernahkah terdetik mengapa jadi begitu? Hal ini kerana Tutor tidak mempunyai kepakaran yang sebenar-benarnya untuk handle pelajar secara online. Ia hanya sekadar Tutor yang fokus pada Tutoring sahaja.

Sewaktu PKP dilaksanakan, banyak pusat tuisyen telah ditutup kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa ekoran tiada pelajar. Jadi, berikutan fenomena ini, usaha dari Tutor sendiri perlu dilakukan secara agresif.

Seharusnya pada ketika ini, Tutor harus menjadi Tutor yang multipurpose. Yang bagaimana?

Semestinya yang mempunyai pendapatan selain daripada Tutoring sahaja. Maksudnya disini, memberikan added value kepada pelajar dengan cara berbeza seperti bengkel, seminar, Ebook, modul pembelajaran dan banyak lagi kaedah lain memandangkan bidang pendidikan sangat luas.

Tips yang boleh dilakukan oleh Tutor sebelum meneruskan pembelajaran secara online ialah sediakan framework modul terlebih dahulu. Penerangan yang baik kepada ibu bapa dan pelajar akan memberikan impak yang besar kepada cara PdPc yang akan berlangsung secara online. Apabila matlamat jelas, pastinya tahap keyakinan ibu bapa dan pelajar tinggi.

Digital learning adalah pembelajaran yang menuju kepada revolusi. Pentingnya seorang tutor menguasai hybrid learning dalam tutoring ketika keadaan yang tidak menentu seperti sekarang. Kita belum pasti keadaan pada masa akan datang. Namun, pembelajaran tetap perlu diteruskan.

Disebabkan perkara diatas, hybrid learning perlu di praktikkan dan di gilap sebaiknya. Ia merupakan gabungan pembelajaran secara online atau offline.

Pembelajaran begini juga dikenali sebagai conventional dan moden. Skill ini perlu menjadi keutamaan untuk Tutor Pandemik Covid 19 ini. Mahu atau tidak, itulah yang perlu dikuasai.

Seorang Tutor yang selalu nampak peluang dan berniat untuk beri value sebaik mungkin, tentunya tiada alasan walaupun tidak biasa dengan dunia IT. Setiap tindakan adalah learning process. Begitu juga dengan penguasaan hybrid learning.

Sebelum itu, kenalpasti perbezaan pembelajaran offline dan online terlebih dahulu.

Offline learning ialah pembelajaran secara Face to Face(F2F), dalam kelas, one to one atau di sekolah. Pembelajaran dijalankan secara fizikal yang mana Tutor atau guru ada bersama pelajar.

Manakala pembelajaran secara online pula terbahagi kepada dua, iaitu synchronous (berjalan secara serentak atau interaksi secara live- contoh guna zoom, microsoft team, google meet) dan asynchronous (bukan dijalankan secara serentak/live- contoh youtube, record dan kemudian diletakkan dimana-mana platform yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa sahaja.

Tutor perlu flexible dan peka dengan permasalah yang dihadapi pelajar. Contohnya masalah gadgets. berkongsi gadgets antara ibu dan anak. Jadi, Tutor perlu cari cara bagaimana untuk atasi permasalahan ini.

Pembelajaran secara online perlu dijadikan sebuah pembelajaran yang seronok. Tutor perlu ada ciri-ciri Edutainer iaitu Educator dan entertainment. Energy juga perlu tinggi apabila pembelajaran secara online dilaksanakan. Konsep syok sendiri seperti ada pelajar dihadapan kita perlu dipraktikkan juga.

Pada zaman ke arah dunia pendigitalan, Tutor perlu mahir dalam penggunaan device atau gadgets. Jika perlu lakukan investment, lakukanlah demi menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Bagimana pula dengan impak buat rakaman video?

Hal ini telah dikenalpasti oleh Coach Baahir yang mana ia kurang emotional attachment. Pelajar tidak boleh berinteraksi secara dua hala dan mereka kemungkinan akan stuck dalam memahami topik tersebut. Jadi, value yang perlu ditambah adalah pembelajaran secara live.

Pelajar boleh berkomunikasi dengan Tutor secara dua hala dan bebas bertanyakan soalan pada ketika sesi live berlangsung. Namun, sesi live ini juga perlulah mempunyai kemahiran dan latihan. Online learning secara live adalah lebih dekat dengan jiwa.

Engagement dan bonding bersama pelajar adalah penting sewaktu live. Perkara ini akan membuatkan pelajar terasa wujud dan rapat dengan Tutor walaupun berjauhan. Sebutkan nama mereka beserta komen yang diberikan.

Pentingnya tentang hybrid ini adalah high technology and human touch. Namun, high-tech sahaja tidak mencukupi. Tanpa human touch dan emotional, pembelajaran tu akan sendu dan membosankan.

Kandungan silibus sewaktu pembelajaran secara online amatlah penting. Tutor perlu amalkan Element 3C.

Situasi yang mudah, kenapa pelajar tersebut ingat sesetengah Tutor? Tentunya berkait dengan 3C.

Tutor tersebut Guna formula yang mudah, ringkas semasa pembelajaran dan garang atau baik (caharacter).

Ini adalah antara added value yang perlu ada dalam diri Tutor. Harus diingat, cara penyampaian sangat penting. “We design our own character” untuk pelajar ingat ciri-ciri kita.

Diikuti pula dengan element 2C iaitu creative dan critical thinking. Dalam masa mengajar untuk berjaya dalam peperiksaan, ajar juga mereka exam bersedia dengan revolusi.

Mulakan pembelajaran dengan WHY? Hal ini sangat penting kerana ia akan membantu overall proses pembelajaran dan pengajaran.

Bagaimana cara untuk tingkatkan imej seorang Tutor?

Imej seorang Tutor boleh ditingkatkan dengan cara tingkatkan prestasi pelajar, maka secara automatik kita akan bantu imej kita dari segi branding dan personal.

Tutor perlu ada 3 Fasa:

Kesimpulannya, Tutor perlu upgrade diri demi memberikan pengajaran secara online yang berkesan dan mantap. Tentu tiada lagi pembelajaran online yang sendu.

Kuasai ilmu hybrid learning demi penyampaian ilmu kepada anak-anak yang tiada batas sempadan.

Tutor Profesional Malaysia adalah dalam usaha untuk bantu lebih ramai Tutor diluar sana yang berhasrat untuk melangkah lebih jauh dalam bidang pendidikan. Namun, bukan Tutoring semata, tetapi meluas seperti mempunyai module, cipta Ebook sendiri, laksanakan bengkel dan banyak lagi.

Di samping itu juga, Tutor boleh tingkatkan character, skill dan ilmu. Jadi ambil peluang ini untuk upgrade diri anda sebagai Tutor yang hebat pada masa kini dengan mengikuti Simposium Tutor Profesional Malaysia. #STPM2020

STPM2020 ini dikendalikan dibawah Tutor Profesional yang diterajui oleh CMN Academy. Nak dapatkan ilmu lebih lagi mengenai hydrid learning?

Jom dapatkan diskaun bagi yang terawal dengan klik link dibawah atau scan QR Code di dalam gambar utama Hybrid Learning.

Nak Jadi Terawal Daftar dan Dapatkan Diskaun STPM2020?

Klik pada gambar ini.

Rebut dan ciptalah peluang yang ada demi menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak bangsa.

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here