Sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata, setiap hari matlamat kita akan bangun awal pagi untuk mencari rezeki, meninggalkan keselesaan rumah demi membantu keluarga untuk memenuhi keperluan.

Tidak kiralah apa-apa pun pekerjaan yang dilakukan, semuanya mempunyai matlamat yang sama. Perjalanan & laluan bagi setiap orang sememangnya berbeza kerana setiap orang akan menghadapi dugaan dan cabaran untuk berjaya.

Ruzanna Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zanna sudah 13 tahun menimba pengalaman dalam bidang korporat, from one GLC to another GLC.  “Rutin setiap hari, saya akan keluar rumah selepas Subuh, dan akan pulang lewat sehingga tengah malam demi mengejar “dateline” berkaitan pengurusan projek di tempat kerja. Disamping saya akan “travel” sejauh hampir 200km ke pejabat setiap hari!”

Tahun 2019 merupakan “turning point” bagi Cikgu Zanna apabila syarikat menawarkan “Voluntary Separation Scheme (VSS)” kepada pekerja-pekerja berikutan keadaan ekonomi kurang memberangsangkan. Beliau nekad dengan keputusan untuk menerima tawaran VSS, dengan niat untuk mencari kerja baru yang lebih dekat dengan keluarga dan anak-anak. Beliau sentiasa berbekalkan “We do plans but ALLAH SWT is the Best Planner! So do your best no matter what situation you’re in”

Namun, perjalanan untuk mencari kerja baru bukanlah mudah yang disangka seperti membeli baju atau kasut baru di “Shopee” atau “Lazada”! Berpuluh interview yang beliau hadiri dalam masa sebulan masih tidak menunjukkan hasil yang positif.

Namun, anak-anak dan keluarga adalah “BIG WHY” untuk beliau terus berusaha mencari pekerjaan baru dengan berbekalkan pengalaman dan bakat yang Allah swt berikan.

Alhamdulillah, dengan takdir dan rezeki daripada Allah swt, Cikgu Zanna memulakan kerjaya sebagai Tutor Home Tuition secara sambilan, kerana “Passion” beliau mengajar dan mendidik anak-anak di rumah. Minat beliau untuk mengajar diteruskan di beberapa pusat tuisyen sekitar Seremban dan Senawang, Negeri Sembilan.

Cikgu Zanna meneruskan kerjaya sebagai Tutor dengan niat, untuk mengajar dengan lebih serius dan professional serta berkongsi ilmu untuk memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di Malaysia.

Perjalanan tutoring diteruskan dengan menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang tutor Funtastic Online Tuition. Menyahut cabaran untuk berkongsi ilmu di pentas Seminar, kini Cikgu Zanna merupakan Speaker Seminar BEST secara online & offline yang dianjurkan oleh CMN Academy.

Perkongsian Coach Mohd Noor dan team daripada Tutor Professional Malaysia adalah platform utama yang telah menjadi “Eye-Opener” kepada Cikgu Zanna untuk improve dan excellent dalam bidang tutoring. Jika seseorang nak Berjaya, perlu berada dalam circle yang positif untuk bina kejayaan bersama-sama.

Cikgu Zanna telah mengambil pendekatan yang dikongsi oleh Coach Mohd Noor untuk mempraktiskan teknik pengajaran secara “Fun & Creative Learning” yang merupakan antara elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21.

Beliau turut mempraktiskan proses pembelajaran berterusan dan sentiasa “up to-date” dengan trend terkini bidang Pendidikan.

Beliau juga percaya yang kejayaan tak hadir secara automatik! Untuk mencapai kejayaan, seseorang perlu sentiasa berdoa, berusaha dan tawakal serta mempunyai daya tahan yang tinggi untuk kekal “long term” dalam bidang tutoring. Educate and teach sincerely from Heart with Beauty & Brain!!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here