Aku yang masih mendaki. Nama aku Nurfahirah Binti Zaidi Azlan. Mesra dipanggil Ferra atau cikgu Ferra. Seorang anak kampung yang lahir dari sebuah keluarga yang sederhana. Aku merupakan anak sulung daripada lima adik beradik.

Semestinya tanggungjawab yang dipikul sangat lah berat. Sejak kecil, aku merupakan seorang anak yang degil dan kuat semangat. Ada saja perkara baru yang hendak dicuba. Naik mesin padi, terjun longkang tangkap anak ikan, panjat lori jiran, terjun sawah tangkap belut, mandi sungai,panjat tangki air, itu semua dh jadi makanan masa kecil aku.

Zaman kecil merupakan zaman paling istimewa dalam hidup aku. Zaman yang tak pernah kenal erti letih mengejar bayang-bayang sendiri, zaman yang tak kenal erti masalah kehidupan. Namun begitu, cita-cita yang ditanam sejak kecil untuk menjadi seorang yang berjaya tak pernah terpadam sehingga kini.

Seperti kebiasaan, cita-cita tertinggi aku adalah belajar sehingga mendapat segulung Ijazah Doktor falsafah. Aku atur satu-persatu perjalanan hidupku untuk capai semua yang diimpikan. Setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dengan Kepujian, aku mengatur perjalanan hidupku untuk menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang Fizik Tulen.

Yurp, aku atur perjalanan hidup aku dengan begitu terperinci untuk mencapai cita-cita yang telah lama diimpikan. Setelah menamatkan pelajaran diperingkat sarjana muda, aku bekerja keras mencari duit untuk membiayai yuran master yang bakal aku ceburi.

Siang aku bekerja sebagai tukang masak disebuah cafe sehingga petang, malam pula aku mengajar kelas tusyen. Setelah pulang dari mengajar, aku akan siapkan proposal master sehingga larut malam. Pada tiap hujung bulan pula, aku akan ke universiti tempat aku bakal sambung master untuk berbincangkan dengan penyelia masterku.

Hampir 4 bulan aku “survive” dengan keadaan yang begini, alhamdulillah akhirnya duit simpanan aku sudah mencecah 4k dan proposal masterku pon telah diluluskan.

Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Ibu dan ayah ku menghantar aku ke universiti. Perasaan puas menyelubungiku. Apa yang dirancang hampir sempurna. Namun mungkin aku lupa, hanya untuk menerbangkan debu dilantai, tanpa keizinan Nya, debu itu tidak akan menganjak walau seinci.

Aku diduga dengan mengidap penyakit aneh yang aku sendiri tidak tahu puncanya dari mana.  Penyakit dari hasad dengki manusia. Aku hanya sempat menyambung master kurang dari satu hari. Sungguh aku sedar, setiap apa yang dirancang tanpa izinNya, aku manusia yang kerdil lagi hina tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Aku “survive” selama hampir satu tahun untuk mengubat penyakit misteri ini. Namun begitu, semangat dalaman ku tidak pernah kalah, walaupun fizikal aku tidak berdaya, namun dengan kekuatan seketul daging yang bernama hati ini mampu mengalahkan tubuh aku yang tidak bermaya.

Emosi yang tidak kuat untuk melawan segala dugaan. Aku melihat rakan-rakan sebayaku yang sedang gembira dengan kehidupan master mereka. Aku?? Yurp, aku bukan orang yang cepat mengalah, aku meminta izin dari ibu dan ayah untuk keluar berhijrah didalam keadaan diri yang masih sakit. Aku yakin, dugaan ini menjadikan aku insan yang lebih kuat.

Aku merantau kenegeri jiran. Aku mendapat tawaran bekerja di sebuah industri perkilangan. Hari demi hari, aku gagahkan diri untuk hidup normal seperti orang biasa. Pada hakikatnya, aku sedang melawan dengan perasaan dan emosiku sendiri. Aku tidak dapat bertahan dengan pekerjaan itu, aku mengambil keputusan untuk berhenti.

Alhamdulillah aku ditawarkan jawatan sebagai pengurus di sebuah restoran F&B terkemuka di Malaysia dan luar negara. Alhamdulillah kesihatan aku semakin pulih seiring dengan semangat ku yang makin membara untuk memulakan hidup baru. Segala dugaan yang lepas tidak pernah aku sesali.

Aku tidak pernah menyalahkan takdir illahi. Hidup hanyalah sementara, pada aku, lakukan sebaik mungkin dan selelah mungkin untuk mencapai kejayaan disana nanti. Sewaktu bergelar seorang pengurus, aku masih meneruskan pekerjaan hakiki aku, iaitu mengajar.

Setiap bulan, aku akan pulang kekampung untuk berkhidmat kepada pelajar-plajar yang masih memerlukan aku. Dengan semangat pendidik yang begitu mendalam, keletihan sama sekali tidak terasa. Setelah hampir dua tahun merantau, aku mula berfikir sesuatu.

Aku ingin memulakan rancangan hidupku untuk jangka masa yang panjang. Aku mengambil keputusan untuk pulang kekampung halaman. Cita-cita terbesar aku ketika itu adalah ingin terus tinggal dinegeri tempat aku dilahirkan.

Tinggal berdekatan ayah dan ibu tercinta. Dan mengimpikan untuk mempunyai sebuah perniagaan sendiri. Alhamdulillah, Allah mendengar keluhan hatiku. Aku ditawarkan jawatan pengurus di sebuah hypermarket yang terkemuka di Malaysia.

Disini bermulalah kehidupan aku yang sangat sibuk. Namun demi menggalas tanggungjawab yang diberikan, aku kuatkan semangat untuk bertahan. Yurp, ketika itu, aku satu-satunya pengurus yang  paling muda. Satu-satunya pengurus perempuan.

Aku dikelilingi oleh mereka yang sudah berpuluh tahun pengalaman mengendalikan hypermarkt yang besar. Aku?? Bagaikan anak ikan bilis yang mengharapkan sokongan dari ibu dan ayah. Dari situ, belbagai cabaran yang aku hadapi.

Dugaan tidak mendapat sokongan dari orang atasan dan hormat dari staff bawahan aku. Aku tidak mengharapkan kehormatan setinggi gunung, namun cukuplah satu kata sepakat yang boleh sama-sama membangunkan sesebuah organisasi.

Dalam pada itu, pada malam harinya, aku masih mengajar seperti biasa. Bagi ku insyaAllah mengajar adalah pekerjaan hakikiku. Aku diperlekehkan oleh boss ku sendiri. Masih ingat dengan kata-katanya,  ‘’Kamu yakin dengan keputusan kamu?? Kamu tak rasa rugi dengan keputusan yang dibuat?? Umur dah 26 tahun, kerja sini elok-elok dah nak berhenti.

Saya diusia kamu dan jadi pengurus sebuah pasaraya besar dan tersohor di Malaysia. Kalau kamu terus macam ni, di mana-mana pun kamu takan berjaya’’. Kata-kata yang sangat menikam dan akan aku ingat sebagai pembakar untuk aku buktikan yang aku mampu berjaya, malah lebih berjaya daripadanya.

Disebabkan kata-kata itulah buat aku bangkit. Aku tetap dengan pendirian aku. Siapa kau untuk atur perjalanan hidup aku melainkan Allah. Aku yakin dengan ketentuan Illahi. Aku yakin dengan kata hati aku untuk memilih jalan ini. Yurp, jiwa aku banyak menjurus kearah pendidikan.

Semangat pendidikan yang bukan sekadar mengajar, malah aku bercita-cita untuk mempunyai pusat belajar yang mampu untuk aku bawak dengan cara dan aturan sendiri. Bagaimana aku dijodohkan Allah dengan CMN Academy adalah bukan satu kebetulan.

Setelah hampir setahun disitu, alhamdulillah aku ditawarkan bekerja sebagai penyelia disebuah hospital. Namun hanya kontrak. Setelah tamat kontrak, aku bekerja pula sebagai pembantu akauntan. Disinilah bermulanya semangat untuk aku terus mengembangkan sayap.

Aku terfikir, sudah bertahun aku mengajar dan impian untuk melebarkan sayap untuk mempunyai sebuah pusat tusyen sendiri tak pernah hilang. Memandangkan kontrak bekerja disitu hampir tamat, dan dalam masa yang sama keadaan negara yang sesak dengan masalah wabak Covid-19, aku terfikir inilah masanya untuk aku mengorak langkah dan melebarkan sayap.

Aku cuba untuk berjinak-jinak didalam perniagaan. Aku mula melangkah untuk mengkaji dan belajar dari kisah-kisah usahawan yang telah berjaya. Aku mula terfikir akan sebuah syarikat pendidkan yang besar bagiku yang sudah dua tahun aku kenali dan sering aku‘stalk’.

Aku sering menonton video-videonya di Youtube. Sejujurnya banyak maklumat yang aku dapat dari menonton video ini. Itu lah CMN Academy. Aku beranikan diri untuk terus “PM” foundernya. Aku bertanyakan mengenai program yang boleh aku sertai. Detik permulaan aku kenali CMN Academy secara lebih mendalam apabila aku menyertai program mereka iaitu Grow Outstanding Tuition (GOT).

Bermula dari situlah jodohku bersama CMN Academy sehingga sekarang. Founder CMN Academy iaitu Coach Mohd Noor memberi kepercayaan kepadaku untuk menjalankan operasi kelas tuisyen di Alor Setar.

Aku menceritakan semua pengalaman dan kegagalan hidupku dalam kerjaya kepada beliau. Namun, sehingga sekarang, aku masih tertanya-tanya apakah yang membuatkan beliau begitu yakin denganku untuk menggalas  tanggungjawab yang begitu berat ini.

Bagai langit dengan bumi untuk dibandingkan dengan sekalian manusia diluar sana. Siapalah aku. Seorang yang masih kekurangan ilmu, seorang yang sangat mengharapkan sokongan dan pertolongan daripada rakan-rakan seperjuangn.

Selama ini, aku ,menjangkakan perjalanan kerjaya hidupku dipandang rendah oleh orang diluar sana. Seorang graduan universiti yang bekerja lebih dari enam buah industri secara bertukar-tukar. Tidak kusangka, masih ada insan yang sudi untuk memimpin aku, yang sudi untuk bantu aku membina cita-cita besar aku ini.

Jutaan terima kasih kepada Coach Mohd Noor. Dialah insan yang mampu melihat kelebihan yang ada pada diriku sedangkan aku sendiri kadang-kala tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Dengan adanya rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah jemu menghulur bantuan, semangatku makin bekobar-kobar untuk meneruskan perjuangan ini.

Siapalah aku untuk menidakkan segala takdir Allah. Aku yang masih merangkak ini sangat termotivasi melihat rakan-rakan seperjuangn yang sangat hebat. Semoga segala usaha ku kearah menjadi insan yang berjaya menjadi kenyataan.

Semangat untuk menjadi manusia yang mampu memberi manfaat dan dapat membantu sejuta manusia diluar sana tidah pernah luntur dari hati sanubariku. Semoga pemergianku suatu hari nanti mampu meninggalkan perkara yang bermanfaat kepada orang ramai. Assalamualaikum.

-Cikgu Ferra-

Begitulah kisah jatuh bangun perkongsian dari Cikgu Ferra. Seorang yang kuat semangat meneruskan usahanya. Meneruskan kerjayanya dengan bermentorkan Coach Mohd Noor dari CMN Academy.

Semoga beliau terus maju ke hadapan. Ada yang rasa teringin melakar kejayaan seperti Cikgu Ferra?

Sertai networking Tutor & Trainer Profesional Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here