Belajar sambil bermain game adalah salah satu terapi untuk pelajar menghilangkan rasa bosan dan tekanan dalam menuntut ilmu. Biasanya, pelajar akan merungut jika pembelajaran secara formal dan serius terlalu berpanjangan. Fokus mereka juga pasti akan beralih jika terlalu lama dalam satu topik terutamanya topik yang membosankan.

Bermain sambil belajar akan merangsang minda mereka untuk berinteraksi secara positif dan membuatkan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk memberi tumpuan semasa pembelajaran berlangsung. Permainan puzzle tentunya akan merangsang pelajar untuk tingkatkan kemahiran manipulatif seperti imaginasi dan mencantumkan setiap kepingan puzzle berdasarkan ‘hint’ yang diberikan oleh Tutor.

Puzzle game dapat bantu pelajar tingkatkan daya kreativiti dan naluri ingin tahu di sebalik kepingan puzzle. Di samping itu, ia membentuk kemahiran berfikir secara logik untuk mengenal objek dan warna berdasarkan gambar panduan atau clue yang diberikan oleh Tutor.

Di samping itu, puzzle game boleh bantu pelajar untuk untuk tabah berusaha dan bersabar sehingga berjaya menyempurnakan kepingan puzzle. Ketika berusaha menyempurnakannya, anggota dan deria akan menyampaikan pesanan kepada otak untuk mengenalpasti cara untuk cantum puzzle dan sudut yang betul untuk diletakkan puzzle tersebut. Tentu sekali mata, tangan dan otak akan bekerjasama pada ketika ini.

Apabila puzzle telah sempurna di susun, paparan markah dan masa akan dipamerkan. Tapi bagaimana?

Caranya adalah Tutor boleh share link puzzle yang telah dicipta secara online di sini My Puzzle kepada pelajar. Link tersebut boleh di share melalui Facebook, Twitter, Reddit, aplikasi WhatsApp dan Email. Tutor juga boleh copy link untuk pautan puzzle tersebut.

Web puzzle ini amat memudahkan Tutor. Tutor boleh memilih tahap game seperti easy, medium, hard, very hard dan supreme. Ianya terpulang kepada Tutor untuk memilih tahap ujian yang ingin diberikan kepada pelajar.

Dibawah disediakan Tutorial cara untuk gunakan My Puzzle Web:

  1. Klik Link My Puzzle
  2. Pilih gambar yang sudah disediakan di dalam web My Puzzle atau Tutor boleh upload sendiri gambar yang akan dibuat puzzle.
  3. Pilih My picture atau more pictures (Jika ingin guna gambar yang sedia ada di dalam web).
  4.  Kemudian pilih Game Mode anda. Di dalam gambar, contoh yang saya lakukan adalah mode classic.
  5. Jika anda upload gambar, web ini akan paparkan kepingan puzzle seperti di bawah:
  6. Di paparan ini, Tutor boleh memilih game difficulty yang akan diberikan kepada pelajar.
  7. Di bawah kepingan kepingan puzzle, terdapat dua button.
  8. Button share, akan paparkan kemana Tutor boleh salurkan game tersebut. Di zaman Era yang serba moden, penggunaan group whatsapp adalah paling tinggi. Tutor boleh gunakan group ini untuk share link kepada student.
  9. Jika Tutor berminat untuk cuba dahulu game tersebut, boleh tekan start untuk mulakan game.
  10. Apabila game bermula, puzzle tersebut akan berpecah dan Tutor boleh siap sedia untuk susun puzzle dengan lengkap. Paparan adalah seperti di bawah:
  11. Jika Pelajar atau Tutor ingin dapatkan clue untuk susun puzzle, boleh tekan pada tab preview di bahagian atas paparan. Kemudian clue akan terpapar di sebelah kiri bahagian bawah dalam bahagian kepingan puzzle seperti di bawah:
  12. Tutor atau pelajar boleh mula menyusun puzzle dengan lengkap.
  13. Setelah selesai penyusunan puzzle dengan lengkap, gambar seperti di bawah akan di dipaparkan:

 

Jadi, tentunya game ini akan memberi semangat yang luar biasa untuk pelajar terus dapatkan puzzle yang lengkap. Selepas itu, Tutor juga boleh bincangkan apa sebenarnya yang ingin disampaikan melalui game puzzle yang telah disediakan tadi.

 

-SELAMAT MENCUBA. SEMOGA BERMANFAAT-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here