Saya Anum Suraya binti Yahaya. Sejenis manusia yang dilahirkan untuk sentiasa menjadi juara dalam segala sesuatu. Tapi mudah juga kecewa kalau tidak dapat mencapai jangkaan pencapaian untuk diri sendiri.

Mungkin kerana sejak dibangku sekolah, setiap kali jatuhnya kedudukan kedua atau ketiga, ibu akan persoalkan, “kalau orang lain boleh bagus kenapa tidak kamu?” Teringat lagi berdebar balik daripada sekolah semasa darjah 4 sebab dapat kedudukan ketiga dalam kelas. Memang kena ‘belasah’ dengan ibu.

Ibu selalu mahu anaknya menjadi orang paling bagus. Jadi, pegangan diri sejak itu ialah “Never be Second” . Syarat kehidupan semampunya akan melakukan sesuatu sebaik mungkin sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Ketika di sekolah menengah terpilih menjadi guru muda Bahasa Arab. Jadi, minat mengajar mula dipupuk kerana mendapat kepuasan bila dapat bantu orang lain memahami sesuatu.

Pengalaman pertama menjadi tutor ialah semasa STPM mengajar seorang pelajar PT3 Bahasa Arab. Kemudian, terus menjadi tutor untuk mencari duit tambahan ketika menyambung pelajaran di Universiti Malaya.Pelbagai subjek diceburi.Tutor Sains, Matematik,Pendidikan Islam, Al-Quran dan Bahasa Arab.

Pengalaman paling gigih ialah mengajar seorang pelajar SPM Bahasa Arab di negeri sembilan menaiki KTM dengan tawakal tiada tempat bermalam selama dua hari. Ketika itu saya membawa seorang rakan lain. Bila klien tanya lebih lanjut akan bermalam dimana tetapi tak dapat menipu dengan baik kononnya akan bermalam di rumah kawan di seremban.

Akhirnya, klien menawarkan untuk bermalam dirumahnya. Dan rakan saya turut mengajar anaknya subjek matematik. Pelbagai pengalaman menjadi seorang tutor. Jatuh dan bangkit, berpanas,berhujan dan ributnya. Manakan tidak, masa muda cuma ada sepasang kaki dan pengangkutan awam.Meningkat usia direzekikan sebuah motorsikal pula untuk berhujan ribut. Walaupun begitu, tetap mempunyai angan-angan untuk menjadi seorang tutor sepenuh masa.

Pada tahun 2020, saya diperkenalkan dengan CMN Academy, Tutor Profesional Malaysia. Program pertama saya hadiri bersama CMN ialah program “Growth Oustanding Tutor” pada bulan ogos 2020. Melalui program ini sahaja saya berjaya ‘breakthrough’ melakukan live insta, dan video pendek Program pertama yang membuka mata bersama beberapa tugasan daripada sesi tersebut.

Tidak dapat dinafikan saya masih setahun jagung bersama CMN Academy.Selama sebulan bersama ‘Funtastic team’ tetapi terlalu banyak perkara yang telah saya pelajari bersama bimbingan coach-coach yang sentiasa membantu. Sesi siaran langsung di facebook berkenaan isu berinteraksi dengan Al-Quran.

E-book surah 3 Qul pertama yang akan dikeluarkan pada masa akan datang. Berada bersama CMN Academy, saya bukan sahaja seorang tutor, tetapi saya juga seorang penulis, penyampai, pelukis, peniaga, dan pelbagai lagi. In sha Allah, saya juga akan berusaha menghasilkan lebih banyak manfaat pada para pendidik dan masyarakat. Kita semua mampu mengubahnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here