Sesempurna mana pun kita cuba perhalusi perjalanan kehidupan kita di muka bumi ini, yakinlah bahawa Allah akan memberi yang lebih sempurna dan lebih cocok untuk hamba-Nya yang sangat Dia kenali dan sangat Dia sayangi.”

Meminati Sains sejak kecil, ZY atau nama sebenarnya Siti Zulaikha binti Mohd Yusof sangat suka bertanyakan soalan, membaca buku dan berimaginasi. Beliau terkesan dengan buku novel imaginasi tulisan Enid Blyton serta komik terkenal, Doraemon dan menganggap watak kartun itu sebagai ‘a great inventor’ & ‘problem-solver’ kerana selalu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi Nobita dengan pelbagai mesin rekaan yang terdapat di dalam poket ajaibnya.

Suatu hari nanti, ZY nak jadi seperti Doraemon atau Zyraemon yang boleh membantu memudahkan kerja kedua ibu-bapanya dan masyarakat sejagat. ZY telah menanam hasrat untuk menjadi seorang saintis sejak darjah tiga lagi. Untuk memegang gelaran Dr. atau Prof. Zulaikha dalam bidang reka cipta. Antara perkara pertama yang ingin diciptanya ketika itu ialah kereta yang boleh dilipat ataupun boleh bertukar menjadi invisible apabila melalui tol lebuhraya. Save duit abah!

Oleh kerana minatnya yang tinggi terhadap Sains, abahnya selalu menggalakkan ZY untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan tetapi ZY tahu minatnya bukan ke arah itu. She is fascinated by the human anatomy but couldn’t bear the sight of sick people. It would make her really sad and clouded her judgement.

Setelah menolak tawaran sambung belajar ke Mesir, ZY menyambung pelajaran di UiTM Puncak Alam untuk program Asasi Sains dan di USM Penang untuk Degree dan Master dalam bidang Sains Gunaan (Bioteknologi). She was on the right track!

Semasa di universiti, ZY pernah bekerja sebagai Graduated Research Assistant, Science Communicator Apprentice di Petrosains dan juga menjalani latihan industrinya di Industrial Biotechnology Research Centre, SIRIM. Sepanjang pekerjaannya, ZY ditugaskan untuk menerangkan tentang konsep sains serta cara menjalankan eksperimen tersebut kepada para pelawat dan kepada para pelajar Degree di dalam makmal. Daripada pengalamannya ini, ZY temui kepuasan apabila dapat membantu orang memahami konsep sains yang susah. It was an absolute joy!

Discovering Science is fun, but helping other people uncover the beauty of Science is the most fun of all. Rakan-rakan ZY ketika itu menyarankannya untuk menjadi pensyarah dan ada juga yang mengajaknya untuk bersama menjadi tutor di pusat tuisyen, tetapi ketika itu hati ZY belum lagi terbuka untuk secara sukarela terjun ke dalam dunia pendidikan. Beliau masih mahu meneruskan cita-citanya sejak kecil. Namun semuanya berubah pada tahun 2018. It has been a hard couple of years and it changed her perspective on becoming a scientist.

Ketika itu, beliau sedang menyiapkan penulisan thesis Master-nya sambil menjadi penganggur kehormat. Permohonan kerjanya sering ditolak kerana over-qualified. Beliau masih mencintai Sains tetapi Saintis bukan lagi impiannya. She was lost. She didn’t know what to become at 26 years old.

Most of all, she hated the fact that she was still unable to provide for her parents. They still have to feed her after 9 years she had leave high school. It was her rock bottom. She started so well earlier in life, but now she’s unable to buy bread without using her parents’ money. She has none of her own. All she could do to help them is to drive them around. To wherever they want to go. That was her service.

Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi peluang pekerjaan melalui satu agensi tutor ini. ZY menyahut cabaran untuk mengajar seorang suri rumah berumur 40 tahun yang ingin menduduki SPM buat pertama kalinya. Puan S merupakan pelajar pertamanya pada Oktober 2018.

Kemudian, rezekinya bertambah dengan kehadiran pelajar disleksia dan ADHD dan beberapa lagi pelajar yang lemah dalam bidang Sains dan Matematik di kawasan taman perumahan mak ciknya. Allah Maha Mendengar tahu ZY jenis yang cepat boring, jadi didatangkan pelajar yang berbagai ragam dan cabaran pembelajaran. It was during her reading and counting classes with the dyslexic student that she discovers the joy of Fun-based Learning using drawings, songs, clay and kinetic sand. It was a blast and he quickly learned it all.

Sadly for her, she didn’t know how to apply it to her other student classes. So she used the traditional methods of mind-mapping notes, regular exercises and the occasional youtube videos. But she was stumped when the students did not do as well as she had hoped for.

ZY mengajar mereka dengan cara sama yang membuatkan beliau dapat A suatu masa dahulu, tetapi ianya tak berkesan pun untuk mereka. Lain pelajar, lain caranya. Lain zaman, lain cabarannya. Tak ada siapa yang nak nasihat ZY tentang cara pengajaran yang betul dulu. Beliau memang buntu ketika itu. Namun beliau teruja dengan pencapaian anak muridnya walaupun kecil.

Alhamdulillah ketika itu, pendapatannya telah mencecah RM 2,000 sebulan dan beliau dapat memberi sedikit kepada mama dan abahnya. Pada waktu pagi, ZY akan ikut mama ke pasar dan pada waktu 2.00 petang sehingga 11.00 malam ZY akan sibuk bergerak dari rumah pelajar A ke pelajar B ke pelajar C. Seronok mengajar ni tetapi badan penat juga.

Pada suatu hari, abahnya bertanya “Kak ngah ni belajar pandai-pandai takkan nak jadi cikgu tuisyen je? Ketuk pintu rumah orang sana, sini, takkan sampai tua pun nak macam ni?” It shattered her heart. Finally, she found something she love but sadly at the time she couldn’t make her parents understand why she loves teaching so much. She ran out of the house crying at the time, drove, wiped her tears and entered her student’s house.

Abah was just concerned, she get that but she is stuck. She did not know how tutoring can get any better than this. Masa terus berlalu dan ZY masih giat mengajar sehinggalah awal bulan Ogos 2019 apabila abahnya yang semakin tidak sihat daripada awal tahun akhirnya disahkan menghidap penyakit kanser usus tahap 2 serta kondisi jantung yang tidak stabil.

ZY masih ingat lagi apabila mamanya menelefonnya kecemasan ketika beliau baru 10 minit mengajar pelajar di Keramat. ZY terus bergegas pulang dan membawa abahnya ke Jabatan Kecemasan, Hospital Ampang. Abahnya dimasukkan ke zon merah dan doktor bertugas juga telah memberikan penjelasan supaya ZY dan mamanya bersedia jika abah tak dapat diselamatkan. That was the last time ZY teach that boy and that was the moment that ZY realised that her parents need her now more than anything in the world. So, she quit tutoring.

Pada bulan Oktober 2019, seorang rakan USM menghubungi ZY untuk menawarkan tiket ke-tiga untuk Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019 yang berharga RM 100 seorang. ZY yang ketika itu tidak lagi menjadi tutor curious akan perbincangan yang wujud antara para pendidik di Malaysia terus mendaftarkan diri.

Al-maklumlah pertama kali mendengar wujudnya simposium antara para tutor ni. Syukur ketika itu keadaan abahnya juga stabil dan alhamdulillah di #STPM2019 bermulanya turning point yang paling bermakna dalam hidup ZY. She was so inspired by the speakers’ motivation, on how they conducted their classes using project-based learning, problem-solving, songs, modules that won innovation awards and how they travel the world to meet teachers of different countries to learn their values and their techniques is class. SHE WAS MIND-BLOWN!

“Sesi P&P perlu student-centered dan bukannya teacher-centered”, kata-kata Cikgu NorHailmi masih terngiang-ngiang dalam kepala ZY. Ini menyedarkan ZY bahawa selama ini cara pengajaran ZY kepada para pelajar tidak cukup berkesan. Ianya tidak salah, tetapi ianya tidak berimpak. Bukan berapa banyak yang pendidik hendak beri kepada pelajar tetapi berapa banyak yang pelajar dapat terima.

Alhamdulillah rentetan daripada itu, ZY terus berguru dengan TPM dan mengikuti semua bengkel secara online dan offline yang dijalankan untuk para pendidik. Antaranya ialah Beyond Expectation Tutor, Legend Blueprint Mentorship, Intensive Module Coaching, Grow Online Tuition dan banyak lagi. Kesemuanya sangat membantu ZY menyusun content, context dan character yang ingin disampaikan kepada para pelajar ZY suatu hari nanti.

Ketika ini, ZY masih teruskan belajar daripada Coach Mohd Noor dan TPM walaupun sebenarnya ZY belum ada seorang pelajar pun ketika itu. ZY masih focus kepada abahnya yang sedang menjalani chemotherapy dan menganggap semua ini sebagai investment ilmu yang sangat mahal dan akan ZY gunakan pada masa akan datang.

Alhamdulillah, akhirnya setelah abahnya tamat keenam-enam sesi, ZY yang ketika itu menghadiri Ukhwah Day anjuran TPM mendapat job pertamanya sebagai Speaker Sains untuk Program Creative Critical Thinking Skills selama 4 bulan bersama Cikgu Aisamuddin dari Jom Pandai Matematik di Asrama Bait Al-Hasanah, Lembaga Zakat Selangor. Setelah 8 bulan tidak bekerja, akhirnya rezeki itu datang semula daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Ukhwah Day!

Selepas itu, Lembaga Zakat Selangor juga turut menjemput ZY sebagai private tutor untuk membimbing lima orang pelajar mereka yang ingin memasuki pertandingan Asian Youth Innovation Award (AYIA2020) anjuran Malaysia Technology Expo (MTE) di PWTC. Alhamdulillah atas usaha para pelajar, mereka berjaya mendapat Gold Medal dan The Best Award daripada 40 penyertaan dalam dan luar negara. Tajuk projek mereka ialah 3R+1 Cat Food. Kemudian, ZY join team CMN Academy sebagai fasilitator untuk Bengkel KBAT STEM Funtastic Add Maths bersama guru-guru Pejabat Pendidikan Daerah Baling.

Semenjak itu, pelbagai program yang dapat ZY bantu anjurkan seperti Program Cuti Sekolah Mac 2020, Seminar Beyond Expectation Student Tuition (BEST) Online, Bengkel Hebat SPM, Bengkel Funtastic Maths & Add Maths, Seminar BEST Sains SPM, Bengkel Guru STEM Selangor dan beberapa lagi. Alhamdulillah beliau juga kini mempunyai dua kelas iaitu Funtastic Sains PT3 dan Funtastic Sains SPM yang dijalankan secara 100% online.

Daripada 0 pelajar sehingga pernah mencecah 97 orang pelajar dalam satu kelas. Daripada pelajar sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kini pelajar ZY daripada Johor ke Sabah Sarawak. Daripada belajar menggunakan buku dan video, kini menggunakan fun-based learning, game-based learning, gamification, inquiry-based learning, critical thinking dan eksperimen dalam sesi P&P-nya. Beliau juga menerima Anugerah The Best Online Tutor pada bulan September 2020. Alhamdulillah, semua ini termakbul dengan 3 perkara:

  1. Willingness to invest in search of new knowledge
  2. Willingness to take actions you have never taken before
  3. Being in the same circle of positive people who believe in your own potential more than you do

Alhamdulillah, kini abah dan mama ZY merupakan penonton setianya apabila beliau beraksi secara LIVE di Facebook Tutor Profesional Malaysia untuk #FuntasticOnlineBooster atau #LegendBooster. Mereka menyokong penuh dan berbangga dengan kerjaya anaknya sebagai seorang tutor dan bakal usahawan pendidikan.

Betullah pepatah arab yang mengatakan “Ridhallahu wa ridhal walidain”, keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan ibu bapa. Apabila ibu bapa kita redha akan apa yang kita lakukan, segala pekerjaan kita akan dipermudahkan Allah SWT.

She hasn’t quite accomplish her father’s dream of her becoming Dr. Zulaikha but then it might be too soon to say. Maybe one day she’ll continue her PhD in Education and get that doctorate. Maybe, InshaaAllah.

Please pray for Tutoring Scientist ZY and may God help you in achieving your hidden goals and unleashing your true potential that you never knew existed. Like Allah did to her through the help of Coach Mohd Noor, Coach Isa, Coach Amir, Team Tutor Profesional Malaysia, CMN Academy, Team Funtastic and PCG Circle. Without all of their help, ZY would still be lost. Find your positive circle and embrace the beautiful journey Allah has laid in front of you.

-Teacher Zy-

p/s: Berminat ada Modul sendiri? Bina legasi anda di Legend Blueprint Mentorship

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here