Pemilik Tuisyen Intensif Mumtaz, yang lebih mesra dikenali sebagai Ustazah Zue dikalangan ibu bapa dan murid. Sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Guru Kafa JAIS selama 6 tahun di salah sebuah sekolah kafa di Beranang.

Pemegang “Diploma Pengurusan Perniagaan” tapi terjebak dalam dunia pendidikan. Beliau mula menjadi tutor part time pada tahun 2018 dalam bilik kecil rumah sewa sahaja. Mengajar subjek UPKK/PSRA.

Passion yang kuat untuk mengajar, mendorong beliau membuka ruang mengadakan kelas bimbingan dirumah. Seterusnya pernah juga menyewa ruang bilik untuk kelas bimbingan UPKK/PSRA, tapi tidak menjadi. Kos yang sangat tinggi dan pendaftaran tidak memberangsangkan sehingga terpaksa menggunakan gaji guru kafa JAIS ketika itu untuk tanggung kos yang terlibat.

Ianya mampu bertahan hanya dalam tempoh 4 bulan sahaja. Kemudian, beliau kembali mengajar dirumah seperti sebelum ini.

Kemudian, sedikit demi sedikit beliau bangkit. Permulaanya hanya 3 orang murid, naik kepada 7 orang murid hanya mengajar dari rumah.

Beliau juga memulakan kelas secara online pada tahun 2018 dan hanya 2 orang pelajar yang menyertainya. Ketika itu, ibu bapa masih belum terdedah lagi dengan cara pengajaran dan pembelajaran secara online ini. 

Sehingga satu masa, beliau berfikir sejenak dan bermonolog dengan dirinya. Takkan nak buat macam ni selamanya? Apa cara lagi untuk kembangkan dan orang tahu keberadaan kelas bimbingan Intensif Mumtaz ni.

Apa yang beliau fikir pada masa itu, “ada ke orang yang buat program tutor-tutor ni? Yang boleh bimbing kita dalam journey pendidikan ”. Beliau lakukan pencarian di sosial media Facebook.

Nama pertama yang tertera adalah “Tutor Profesional Malaysia” dan orang pertama yang beliau stalker adalah Coach Mohd Noor. 1 bulan lebih beliau stalker dan inilah platform yang beliau cari.

Bermula dengan Beyond Expectation Tutor sehingga ke hari ini sebagai Team Funtastic Online Tuition CMN Academy. Berjaya juga hasilkan modul Funtastic Arabic UPKK dan masih dalam proses penambahbaikan katanya.

Tambahnya lagi, bersama team funtastic ni, satu je, tak sempat nak murung tepi katil. Sentiasa ada upgrade perkara baru terutama skill kita mengajar dengan cara online class.

“Coach Mohd Noor, Coach Isa, Coach Amir dan Coach Wahidah. Saya terinsiprasi semangat dan cara mereka guide dan bersabar dengan kami satu team funtastic online.

Dan sekarang tahun 2020, saya full time tutor dan mengurus kelas Tuisyen Intensif Mumtaz. Kelas berjalan secara Online bermula bulan April 2020 sehingga hari ini dan mempunyai beberapa orang tutor mengajar secara online.

Penerimaan dan permintaan semakin rancak di Funtastic Online Class CMN Academy dan Tuisyen Online Intensif Mumtaz walaupun exam UPKK/PSRA dibatalkan.

Berbekalkan Semangat dan trust the process menyebabkan journey saya bersama CMN Academy masih utuh. In shaa Allah..”

-Ustazah Zue-

Pertama kali buka pusat tuisyen, tapi tak menjadi. Kemudian, teruskan pencarian demi kerjaya. Terjumpa CMN Academy. Wow sangat!

Ada yang nak wow! macam Ustazah Zue tak? Jom sertai Simposium Tutor Profesional Malaysia 2020 (STPM2020) untuk teruskan kebangkitan Tuisyen anda dalam mengahdapai Pandemik Covid.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here