Bengkel Membina Kerjaya Sebagai Tutor Profesional & Berjaya Bakal Didedahkan Oleh Speaker-Speaker Berpengalaman Dalam Bengkel Online 'Grow Outstanding Tuition' #GOT2021!
Adakah anda seorang Tutor tuisyen & al-Quran atau seorang usahawan dalam bidang pendidikan?
Mahukah kami tunjukkan teknik dan strategi yang telah terbukti
berkesan bagaimana menjadi tutor yang berjaya?
Adakah anda mahu memberikan pembelajaran serta perkhidmatan yang terbaik & profesional kepada pelajar dan klien anda?

Apakah keistimewaan menjadi Tutor dan Usahawan Pendidikan??
- Dari sehari ke sehari bidang ini ini semakin membesar dan menerima permintaan yang ‘mencurah-curah’ daripada ibu bapa dan pelajar
- Anda dapat membantu pelajar mengalami peningkatan yang ‘ketara’ dan mencapai kecemerlangan dalam subjek yang dipelajari.
- Bebas menikmati faedah pekerjaan yang memuaskan dan menyeronokkan.
- Menjana satu lagi sumber pendapatan dengan sangat mudah.
- Boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.
- Pendapatan bulanan tinggi berbanding dengan masa yang diperuntukkan
- Bakal berkembang ke dalam bidang lain yang mempunyai kaitan dengan bidang tuisyen & al-Quran
- Menjana saham akhirat dengan berkongsi ilmu dengan seramai mungkin pelajar
Jika anda inginkan keistimewaan-keistimewaan tersebut, anda di jemput bersama kami dalam #GOT2021!

Siapa yang sesuai hadir ke Bengkel Online #GOT2021 ini??
- Mahasiswa dan graduan yang ingin mengajar sambil menjana duit poket sendiri
- Individu yang sudah mempunyai kerjaya tetapi masih mencari kerja ‘part-time’ yang tidak mengganggu kerjaya utama
- Usahawan yang sudah memulakan bisnes tuisyen sama ada private tuition, home tuition mahupun pusat tuisyen dan pusat pembelajaran al-Quran
Mengapa perlu hadir ke Bengkel Online #GOT2021?
- Kami bantu anda untuk memulakan langkah mudah menjadi Tutor Tuisyen dan Al-Quran walaupun anda tiada pengalaman mengajar.
- Kami bantu anda untuk memulakan kerjaya dalam bidang ini dengan perkongsian pengalaman sebenar
- Kami bantu anda mengembangkan kerjaya Tutor sedia ada ke tahap yang lebih baik, profesional dan sistematik