Awas! Kisah ini agak panjang…

Sebelum graduasi, aku telah dilamar oleh sebuah Syarikat Perindustrian sebagai HSE Executive. Berdekatan rumah dan emak, memang rezeki tak disangka-sangka. Permulaan, hati sangat berbunga-bunga. Nekad bekerja dengan jaya nya untuk menunjukkan minatku dalam bidang ini. Tapi, tidak lama. Allah swt membataskan keupayaanku. Allah swt menarik nikmat sedikit dari keseluruhan nikmat yang diberikan padaku pada masa itu. Aku mohon perletakkan jawatan atas nasihat. Dalam kepayahan aku menerima, tapi kekuatanku pada emak.

Doa emak, aku pulih sedikit demi sedikit. Pertemuan semula dengan seorang rakan seperjuangan mengatur balik langkahku. Bermula aku memakai ‘name tag’ CIKGU. Permohonan aku sebagai Guru Ganti adalah permulaan langkah pertama. Tidak pernah terfikir dalam benak pemikiranku menjadi Guru apatah lagi , dalam senarai cita-citaku semasa di alam persekolahan. Tapi Allah swt sebaik-baik perancang. Walau aku berijazah, bergaji SPM, cukuplah ianya sebagai permulaan.

Dalam masa aku menjadi guru ganti, selang beberapa bulan, aku dipanggil JPN Melaka untuk menyandang jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi Masalah Penglihatan bagi sebuah sekolah menengah. Bagi aku itu adalah rezeki yang tak disangka-sangka kerana aku akan bersama dengan anak-anak yang hebat disamping guru-guru yang hebat.
Di sini, benar-benar permulaanku sebagai Guru. Di sini lah terbitnya minatku untuk memegang ‘name tag’ Cikgu.

Bersama mereka aku dididik menjadi seorang Ibu, kaunselor dan creator. Mula lah aku membuat kelas tuisyen kecil-kecilan dan bekerja bersama pusat tuisyen untuk mengajar pelajar asrama. Tapi, sekali lagi aku diuji apabila permohonan KPLI dan lanjutan GSTT aku ditolak kerana penutupan jawatan dan kursus itu kerana lambakan Guru-guru diluar sana. Pasrah dan berserah..

Tapi, rezeki ku ada rupanya di sekolah bakal kakak iparku (yang kini telah sah menjadi kakak ipar) memberitahu kan kekosongan jawatan guru ganti di sekolahnya, di Selangor. Dek kerana kekecewaan,di halaman sendiri, aku mencuba nasib di sana.Di sebuah sekolah di Sungai Buloh, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

Disini banyak mengajar aku bahawa dunia ini penuh dengan warna-warni anak-anak hebat ciptaan Allah swt. Dan aku telah bertukar status Isteri pada masa ini.

Namun, sekali lagi, Allah swt menguji aku dengan masalah yang dulunya. Kali ini aku merasakan pengakhiran aku wanita bekerjaya. Cukuplah aku menjadi suri di hati suami dan rumah. Moga Allah swt memberi kecukupan buat kami sekeluarga. Tapi, Allah swt tetap memberi peluang pada aku entah kali ke berapa.

Seorang pelanggan suamiku mencari seorang guru peribadi untuk anaknya yang sangat pemalu. Dengan sisa kudrat yang ada, aku menerima pelawaan suamiku. Takpa, seorang sahaja pada pemikiranku. Tapi, seronok mengajar tidak sedar bahawa datang lagi tawaran untuk aku memenuhi jawatan tenaga pengajar di sebuah pusat Tuisyen di sekitar kediamanku, pada masa ini di Bangi. Walau bukan sekolah, cukuplah Pusat Tuisyen sudah membuatkan aku gembira. Sekurang-kurangnya aku dapat membantu keluargaku.

Berita gembira bersama duka. Allah swt menjadikan cahaya di dalam rahimku, tapi, menarik keupayaanku untuk mengajar. ‘Plus and Minus’ memang Allah swt sahaja tahu akan perasaanku. Dan hanya aku dan suami tahu akan keadaan itu. Rezeki kami di Bangi setakat itu. Dengan cahaya, aku dan suami berangkat pulang ke kampung untuk mencari rezeki di kampung halaman pula. Maka, ‘name tag’ Cikgu aku tamat di sini. Aku ditakdirkan mendidik anak-anak. Cukup puas sudah bagiku.Doakan tak pernah putus supaya Allah swt memberikan kami kecukupan dunia dan akhirat.

Itu 10 tahun yang lalu. Allah swt sebaik-baik pengatur. Dia Maha Kaya dan Dia sebaik-baik Pendidik. ‘name tag’ Cikgu aku pakai balik apabila seorang sahabat memberi 2 orang pelajarnya kepadaku kerana kepadatan jadualnya. Aku ingat, selamanya aku hanya memegang ‘title’ Suri Rumah berijazah. Tapi, sekarang aku dikenali dengan nama Cikgu Emy.

Kini, adalah tahun ke tiga aku bermula balik menyemat ‘name tag’ Cikgu Emy. Namaku hampir disebut diseluruh kawasan perumahan kediamanku. Rupanya, ‘name tag’ ku tidak dilucutkan, hanya digantung sementara waktu untuk aku mengenali dunia Ibu dan Diri.

Sungguh tak disangka, hanya beberapa bulan, aku mampu menubuhkan sebuah Pusat Tuisyen dengan 2 cawangan dan mempunyai 20 orang Tutor yang berdaftar secara sementara dan tetap untuk memenuhi keperluan dan permintaan Tuisyen yang semakin tinggi.

Nama Cikgu Emy telah pergi hampir ke pelusuk kawasan perumahan di sekitar Sungai Petani dan Kuala Ketil. Tetapi, tidak lah se popular artis no.1 Negara kan. Ada juga permintaan dari Alor Setar, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang tetapi aku tidak dapat memenuhi sejauh itu. Pada masa ini, kenapa tak terfikir akan Online Tuisyen kan.mmm…

Kini, aku telah bersama Team CMN untuk mengali lagi Ilmu tutoring. Banyak lagi kepincangan aku dalam pengajaran dan pengurusan. Harap Allah swt memberkati pekerjaan aku ini supaya ilmu yang aku sebarkan akan menjadi asbab kebaikan akan orang lain. Biar aku tidak dikenali oleh penduduk dunia, tapi aku harap, segala isi langit namaku disebut hingga ke syurga nanti. Amiinn..

Bersama networking Tutor profesional dari seluruh Malaysia di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here