Siapakah diri ini? Berasal daripada pekan kecil Tg. Rambutan Perak, Raj atau lebih dikenali sebagai Tutor Raj, merupakan seorang bekas Jurutera Kimia. Pengalaman bekerja didalam bidang Kejuruteraan ini, Raj memanfaatkan sepenuhnya aplikasi  kegunaan sesuatu topik di dalam kelas.

Pendekatan hands-on aktiviti menjadi keutamaan apabila berkongsi ilmu bersama sama dengan pelajar. Penekanan terhadap kepentingan aktiviti ini banyak disumbangkan oleh sesi temuduga yang membuka mata terhadap Dunia Pendidikan dalam kata erti sebenarnya.

Soalan yang membuatkan diri Raj ini begitu kerdil adalah soalan asas yang mudah ditanya tetapi tak pernah difikirkan proses penyelesaiannya sebelum ini. Sebagai contoh, antara soalan sesi temuduga tersebut;

  • Diberikan sebuah cerek elektrik dan dikehendaki mencari kecekapan alat tersebut.
  • Diberikan Ball Bearing dan dikehendaki mencari isipadu serta luas permukaan Bearing tersebut.
  • Disuruh melukis polygon lima sisi dan cari keluasan polygon tersebut.
  • Telur Ayam diberikan dan perlu dicari persamaan yang mengaitkan Heat dan Mass Transfer untuk menentukan masa yang akan diambil untuk telur itu rebus sepenuhnya.

Segala peralatan, perkakas, radas, malahan Perry’s Chemical Engineers’ Handbook turut diberikan untuk menyelesaikan masalah yang diajukan.

Pengalaman sesi temuduga itu cukup menginsafkan dan Raj merasakan diri ini serba kekurangan serta kerdil. Ini kerana, selama ini, segala ilmu yang ditimba, segala Teknik Menjawab yang pernah dipelajari, Tips yang diberikan baik dalam apa jua matapelajaran semasa disekolah, di university, akhir nya menjadi lumpuh apabila didedahkan kepada aplikasi serta kegunaan ilmu tersebut di alam realiti.

Perbezaan yang sungguh ketara bagaikan langit dan bumi. Kegunaan rumus serta kiraan dalam ujian sepatutnya tidak terhad kepada Peperiksaan sahaja. Menyedari akan kepentingan Proses Penyelesaian Masalah ini dari sudut holistic, maka dengan itu lahirlah idea untuk membuat sesi Beauty Of Maths In Action. Sesi ini mendapat perhatian dan Raj pernah dijemput oleh PPD Manjung untuk berkongsi dengan para guru Matematik Tambahan.

Seterusnya, kolaborasi bersama sama dengan CMN Academy, memberikan lebih banyak peluang untuk berkongsi dengan lebih ramai guru KPM serta pelajar. Siapa sangka, hasil mesra ikatan ionik ini, banyak jemputan ke PPD serta perkongsian bersama sama dengan pelajar yang Berjaya dapat dilaksanakan.

Melihatkan  peserta Maths In Action yang menimba banyak “Aha Moment” membuatkan Raj bersemangat untuk menonjolkan keindahan Dunia Matematik ini melangkaui sesi bilik darjah. Berlakunya semua ini, Raj ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Plant Manager, Mr Har Sooi Sang yang membuka minda disesi temuduga itu.

Tanpa sesi temuduga itu, mungkin sesi pengajaran serta pembelajaran Raj didalam kelas tidak akan berada di tahap sekarang. Terima Kasih juga diucapkan kepada seluruh warga CMN yang mempercayai dengan pendekatan yang dibawakan oleh Raj ini.
Sekian.

p/s: Berminat mengembangkan Potensi anda sebagai Pendidik? Klik: Nak Jadi Legend

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here