Nilai atau pun value di miliki oleh setiap individu. Namun, nilai yang ada pada diri setiap individu tidak boleh diubah oleh orang awam atau orang sekelilingnya

Menerusi Dictio.id, nilai (value) ialah harga, penghargaan atau taksiran. Ia membawa maksud harga yang melekat pada sesuatu atau penghargaan terhadap sesuatu.

Sebagai pendidik yang berjaya, value dalam diri adalah amat penting untuk hasilkan PdPc yang baik dan seterusnya memberi manfaat kepada pelajar.

Artikel pada kali ini akan mengupas perkongsian secara live mengenai rahsia meningkatkan value seorang pendidik daripada Tuan Nik Affendy iaitu Sifu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terkenal dan di host oleh Coach Mohd Noor dari CMN Academy.

Kedua insan hebat ini bukan lah yang asing dalam bidang pendidikan. Kedua-duanya membawa value yang berbeza. Nak tahu lebih lanjut, teruskan pembacaan.

Sebelum itu, adakah anda seorang Tutor? Bagaimana anda ketika perintah kawalan pergerakan dikenakan? Adakah anda mengambil peluang baru dengan melakukan alternatif pembelajaran secara online? Jika ya, anda insan hebat. Jika tidak, cuba tanya pada diri anda kenapa tidak?

Antara permasalahan yang dihadapi oleh pendidik dalam keadaan pandemik ini ialah cara untuk bina branding dan positioning apabila mengajar secara online atau pun offline.

Dua elemen ini amatlah penting untuk pendidik dalam usaha untuk melekatkan nama branding dan juga meletakkan diri dalam position yang tepat. Namun, dalam bina branding dan positioning, terdapat tiga rahsia yang perlu di titikberatkan. Rahsianya adalah:

                                 Value Pertama: Jaga Nama Baik

Sebagai seorang pendidik yang disegani, nama baik mestilah dijaga sesuai dengan title ‘pendidik’ yang dibawa. Hal ini kerana, ia merupakan role model kepada anak didik di luar sana.

Jika pendidik tidak menjaga nama baik seperti bermain video tiktok dengan niat hiburan berlebihan dan tentunya ia tidak akan memberi manfaat kepada anak didik sedikit pun. Bukan itu sahaja, komen-komen di media sosial juga harus diteliti.

Pendidik yang bagus akan menjaga adab dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan olehnya. Justeru, kredibiliti value pendidik itu sendiri akan nampak mahal di mata orang awam, pelajar dan ibu bapa pelajar itu sendiri.

Ada persoalan yang diutarakan, adakah sosial media mempengaruhi imej seorang pendidik? Jawapannya benar sekali, hal ini akan mempengaruhi imej pendidik.

Pendidik juga perlu elakkan dari komen isu politik. Pendidik perlu jadi yang linear sahaja. Sememangnya, coretan seorang pendidik tidak boleh sama seperti orang awam yang bebas dengan gaya pemikirannya. Harus di ingat, pendidik membawa value kepercayaan (trusted) di kalangan anak didik mahupun ibu bapa anak didik.

                                      Value Kedua: Jaga Brand

Kedua, pendidik perlu jaga brand. Tapi, apa beza brand dan positioning? Brand adalah nama yang dibawa untuk perkenalkan diri.

Manakala positioning bermaksud cara bagaimana kita meletakkan position yang betul-betul dalam minda fokus sedar.

Kita akan melihat samada kita memang berada di position itu atau sebaliknya. Hal ini akan membuatkan orang sekeliling boleh ingat dan dan pastinya value yng dibawakan untuk mereka adalah tepat.

Berbeza pula dengan branding. Terdapat dua jenis branding yang perlu ada dalam diri usahawan pendidik. Ia nya terdiri daripada:

                                               Jenis Branding

Berdasarkan infografik perbezaan diatas, Product Branding membawa nama program yang merupakan gabungan antara guru dan pelajar sebagai client.

Perkataan KBAT di highlight untuk guru manakala HAVOC pula dituju untuk anak didik. Hal ini kerana nilai perkataan HAVOC itu lebih dekat dengan pelajar dan memberikan impak yang menyeronokkan.

                                    Value Ketiga: Jaga Value

Ketiga adalah tidak lain dan bukan, jaga value itu sendiri. Value yang bagaimana? Jaga adab dengan client.

Contohnya pendidik sudah berjanji untuk mengajar anak client pada tarikh sekian-sekian, tetapi pendidik telah menerima undangan dari pihak lain yang menawarkan bayaran lagi tinggi untuk servisnya.

Di sini, pendidik jangan takut untuk menolak pelawaan tersebut jika ianya bertentangan dengan perjalanan karier yang sedang diusahakan. Namun, tidak perlu takut untuk berganjak kepada perkara baru. Jika ada situasi begitu, amalkan sikap utamakan client. Bertanya pada client jika boleh dirunding.

Daripada ketiga-tiga value yang dinyatakan, pendidik perlu menjaga nama baik, jaga brand dan jaga value. Hal ini akan meningkatkan kredibiliti value seorang pendidik dengan baik.

Nilai pendidik boleh nampak mahal dan nama mudah harum dengan recommendation dan buah mulut dari orang lain namun boleh juga dijatuhkan hanya dengan cemuhan sesetengah pihak sahaja.

Pendidik harus ingat, brand dan value ialah nilai kita sendiri. Kita yang akan tentukan brand dan value bagaimana yang sesuai untuk diri seorang pendidik. Pendidik perlu melihat dan check talents yang ada.

Hal ini untuk sepadankan value yang ada itu selari atau tidak dengan pandangan client terhadap kita. Tetapkan value yang client dan anda nampak. Ikut value client dan kemudian sembahkan value yang ada dalam diri anda tepat dengan anggapan value client.

Persoalannya, bagaimana cara untuk kenalpasti value anda sebagai seorang pendidik?

Terdapat dua cara iaitu bertanyakan pada client atau pelajar secara terus (text, komen) atau secara lisan.

Situasi 1: Pelajar seronok belajar Matematik. Apa value yang dibawa? Kenapa jadi seronok?

Value sebenarnya adalah cara penyampaian bahan mengajar yang senang di fahami oleh Pendidik A berbanding Pendidik B. Maka itulah yang dinamakan value.

Bagaimana cara untuk menunjukkan value kepada client?

Value boleh di sampaikan kepada client menerusi penyediaan resume. Dengan resume ini, pendidik boleh yakinkan client dengan menunjukkan gambaran siapakah anda sebelum client tersebut nilai diri anda.

Perkongsian live penuh Coach Mohd Noor dan Tn Nik Affendy, klik pada gambar di bawah:

Live Rahsia Meningkatkan Value PendidikLive Rahsia Meningkatkan Value Pendidik bersama Coach Mohd Noor dan Tn Nik Affendy

Pastikan anda adalah Tutor yang sudah menjumpai value dan positioning yang tepat. Jika masih tercari-cari, anda boleh ikuti Seminar Online ‘Nak Bina Modul 2021’

Tak mahu ketinggalan info lebih lanjut & promosi percuma?

Sertai Group Networking di CMN Tutor & Trainer Profesional Malaysia secara PERCUMA.

#TutorProfesionalMalaysia #YakinSebelumBerjaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here